KUALA LUMPUR:Orang ramai dinasihatkan agar mengurus kewangan sebaik mungkin ketika pandemik COVID-19 mencatatkan penambahan kes di negara ini.
Menurut Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Ahmad Syakir Junoh, perbelanjaan barangan keperluan perlu diberi perhatian ketika ini berbanding kehendak.
"Ketika ini adalah tidak digalakkan memikirkan hal-hal kehendak, seperti tukar telefon bimbit, perabot baru kecuali mereka yang dilanda banjir. Hal-hal itu perlu dilihat semula, saya pasti pencarum dan mereka dapat I-Sinar adalah mereka golongan berkeluarga dan anak ramai.
"Tahun 2021 ada perbelanjaan pembukaan persekolahan, jadi pendidikan ini tidak boleh dikompromi dan perlu diutamakan. Aspek kesihatan juga perlu diutamakan, manakala pembelian emas bukan lagi satu pilihan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Ahad.
Tambahnya lagi, masyarakat perlu memastikan terdapat sekurang-kurangnya 10 peratus simpanan daripada hasil kewangan mereka setiap bulan. Ini kerana jelas Ahmad Syakir, bagi memastikan kewangan cukup untuk menghadapi situasi sukar pada masa akan datang.
"Duit I-Sinar ini satu bentuk duit tidak akan perolehi kali kedua dan sebagainya, dengan memenuhi hasrat kerajaan melangsungkan hidup dan sebagainya. Pencarum perlu membezakan keperluan dan kehendak, membuat perancangan berapa diperolehi dan kemana nak dibelanjakan serta apakah bentuk perbelanjaan boleh diguna pakai," katanya lagi.
Terdahulu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember 2020.
Ia melibatkan pengeluaran diluluskan sebanyak RM19.2 bilion dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.
Fareez Azman
Sun Jan 10 2021
Pensyarah Jabatan Kewangan Dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Ahmad Syakir Junoh berkata masyarakat perlu mementingkan perbelanjaan barangan keperluan ketika ini berbanding kehendak. - Foto UMK
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
GDA kekal dengan tawaran RM11 sesaham bagi MAHB
GDA, konsortium yang mencadangkan penstrukturan semula kepentingan MAHB kekal dengan harga tawaran RM11 sesaham, meskipun terdapat cadangan daripada pengarah bebas untuk menolak tawaran itu.
Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KWSP jadi pemegang unit penting dalam KIP REIT selepas pegang enam peratus kepentingan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru i
Lebih dua juta ahli aktif KWSP capai simpanan asas - MOF
Jumlah tersebut adalah perbandingan daripada 2.21 juta atau 30.4 peratus daripada 7.25 juta ahli aktif formal pada Disember 2022.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).