Mana-mana penerbit buku 'Indie' serta pemain di dalam industri itu diminta tidak terasa dengan apa sahaja bahan ilmiah dalaman termasuk slaid yang digunakan semasa bengkel serta perbincangan Biro Tatanegara (BTN).
Pengarah BTN, Datuk Raja Arif Raja Ali berkata, bahan bengkel itu juga tidak pernah diterbitkan dan kebocoran maklumat itu disifatkan tidak harus berlaku.
"Saya tidak tahu bagaimana bahan itu boleh tersebar dan bocor di khalayak awam. Ia hanya modul perbincangan dan tidak memberi maksud kepada unsur negatif 'indie' seperti yang ditakrif mana-mana pihak.
"Kita juga biasa membuat program dengan kumpulan 'indie'. Saya akan jelaskan dengan mereka nanti, kita bukan bermusuh dan tidak mahu bermusuh dengan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Penerbit buku indie sifatkan dakwaan dalam slaid BTN kelakar
Raja Arif mengulas kenyataan penerbit buku bebas, Aloy Paradoks yang menyifatkan laporan sebuah persembahan slaid di laman BTN tentang 'Gerakan Indie di Malaysia' sebagai kelakar.
Aloy yang juga pemilik SeLUT Press berkata, dia tidak mengambil serius tentang perkara itu dan merasakan ia tidak mendatangkan apa-apa kesan kepadanya.
BACA: BAJET 2015: Karyawan seni indie mahu lebih ruang dan pengiktirafan
Indie merupakan singkatan untuk perkataan Inggeris 'independent' yang bermaksud bebas selain merujuk kepada hasil karya seni di luar daripada arus perdana yang komersial
Sebelum ini, sebuah portal mendedahkan laporan di laman BTN yang menggesa kerajaan mengharamkan buku terbitan penerbit Indie kerana dikatakan memberi kesan negatif kepada kerajaan.
Lapor portal berkenaan, dokumen yang disediakan oleh bahagian penyelidikan dan penerbitan BTN itu antara lainnya mendakwa, bahan penerbitan berkenaan bersifat 'lucah' dan 'bebas'.
BACA: Penerbit buku 'indie' tidak setuju dengan garis panduan BB1M baru
Dalam pada itu kata Raja Arif, mana-mana penerbit berkenaan juga diminta tidak terasa dengan laporan berkenaan.
"Kerana itu saya minta mereka tidak terasa dengan isu ini. Semua harus jelas, ia hanya dijadikan subjek perbincangan ilmiah dalaman dan saya hairan kerana ia disebar kepada umum," ujarnya.
Beberapa pemilik penerbit buku lain turut dinamakan BTN termasuk Sinaganaga (Sindiket Sol-Jah) yang dinamakan sebagai 'ketua', Aisa Linglung (Lejen Press), Amir Muhammad (Buku Fixi) dan Mutalib Uthman (DuBook Press).
Penerbitan lain yang juga termasuk dalam senarai BTN ialah Studio Anai-Anai, Poket Press dan Terfaktab.
Selain itu, Buku Jalanan, Geng Jurnal, Rabak, Propaganda, Indie 57, Baskerz, Frinjan dan Samjal telah dinamakan sebagai kumpulan-kumpulan indie yang menjalankan aktiviti seperti pembacaan puisi, pembacaan buku jalanan, jualan buku, jualan lukisan, pameran, diskusi mini dan penerbitan.
Wan Syamsul Amly
Tue Jun 16 2015

RAJA ARIF: 'Jangan terasalah, itu cuma perbincangan ilmiah.' -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penerbit Indie: 'Jangan terasalah, itu cuma perbincangan ilmiah' - KP BTN
Mana-mana penerbit buku 'Indie' serta pemain di dalam industri itu diminta tidak terasa dengan apa sahaja bahan ilmiah dalaman yang digunakan semasa bengkel serta perbincangan Biro Tatanegara (BTN).

Penerbit buku indie sifatkan dakwaan dalam slaid BTN kelakar
Penerbit buku bebas, Aloy Paradoks menyifatkan laporan sebuah persembahan slaid di laman Biro Tatanegara tentang 'Gerakan Indie di Malaysia' sebagai kelakar.