ROMPIN: Penerangan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam kalangan Orang Asli akan dipertingkatkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata dalam usaha menjayakan program imunisasi itu, agensi dan jabatan di bawah kementeriannya akan mendekati golongan berkenaan dengan pelbagai kaedah bagi memberi penerangan mengenai vaksin.
"Untuk Orang Asli kita harus beri sedikit tumpuan dan kita kena lipat gandakan usaha untuk menerangkan mengenai vaksin kepada mereka.
"Selain turun padang, kita juga gunakan medium radio yang melakukan hebahan dalam bahasa Orang Asli.
"Tetapi mereka ada banyak dialek, kita akan cuba untuk dekati golongan ini dengan pelbagai cara," katanya ketika sesi taklimat bersempena Program Jelajah Malaysia Prihatin, di sini pada Jumaat.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Rompin Osman Omar.
Sementara itu, Mohd Sukari ketika ditemui pemberita berkata dalam mendekati Orang Asli bagi memberi penerangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan vaksin COVID-19, pihaknya turut turun padang menerusi program 'Info On Wheels' (IOW) dan iM@JaPen.
Menurut beliau, pihaknya akan membantu golongan tersebut membuat pendaftaran vaksin hanya selepas mendapat persetujuan daripada individu berkenaan.
"Selain itu, kita juga adakan gerakan bersepadu bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi memudahkan kita mendekati golongan ini selain memastikan mereka memahami apa yang diterangkan," jelasnya.
Beliau juga meminta individu yang menghadapi masalah capaian Internet agar datang ke Pejabat Penerangan daerah bagi membuat pendaftaran vaksin tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021

Saifuddin berkata agensi dan jabatan di bawah kementeriannya akan mendekati golongan berkenaan dengan pelbagai kaedah. - Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.