Secara keseluruhan, penembusan jalur lebar bagi setiap 100 isi rumah di Malaysia pada suku pertama tahun ini mencapai kadar 67.3 peratus, hasil daripada pelbagai inisiatif kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, kata Tabung Kanak-kanak Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia.
Bagaimanapun, pertubuhan itu berkata, di kawasan tertentu seperti Kuala Lumpur, kadar penembusan mencapai 115.7 peratus, manakala Kelantan pula hanya 41.2 peratus.
"Dengan kadar 8.4 penembusan jalur lebar tetap (berwayar) bagi setiap 100 penduduk, Malaysia mengatasi banyak negara anggota Asean lain," kata Unicef dalam ulasan berdasarkan kajian bertajuk "Exploring The Digital Landscape in Malaysia" (Meneroka Landskap Digital di Malaysia) di sini.
Ulasan itu berkata lebih 31,121 lokasi titik panas diwujudkan di negara ini, yang membolehkan orang ramai mengakses Internet dengan mudah melalui peranti peribadi seperti telefon mudah alih dan tablet.
Kata Unicef berikutan kadar penembusan lebih tinggi itu, jumlah pengguna telefon selular mengalami pertambahan sejak beberapa tahun lepas, manakala jumlah pelanggan telefon talian tetap dan telefon awam pula semakin berkurangan.
"Menurut data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bagi suku pertama 2014, kadar penembusan selular bagi setiap 100 penduduk adalah 143.7 peratus.
"Langganan prabayar jauh melebihi langganan pascabayar iaitu sebanyak kira-kira 35.2 juta berbanding 7.8 juta, manakala penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama pula ialah Telekom Malaysia, Celcom, Maxis, Digi dan UMobile," katanya.
Unicef berkata Malaysia mencatat pencapaian itu (penembusan jalur lebar dan selular) hasil daripada strategi dan inisiatif utama yang dilaksanakan kerajaan bagi merapatkan jurang digital di negara ini.
"Antara strategi dan inisiatif itu ialah meluaskan liputan selular dan WiFi di lokasi strategik di kawasan sasaran melalui Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia," kata kajian itu.
Ulasan kajian Unicef setebal 62 muka surat itu dibuat berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada agensi kerajaan seperti MCMC dan syarikat untuk memberi kefahaman tentang akses dan penggunaan Internet oleh rakyat Malaysia.
Ia juga merupakan bahan rujukan berguna mengenai kajian yang dibuat sebelum ini tentang pengalaman 'online' kanak-kanak di Malaysia, di samping memberi wawasan bernilai dalam bidang penyelidikan baharu untuk dipertimbang semua pihak yang berminat meneruskan projek berkaitan warga digital.
Bernama
Tue Nov 11 2014
![Penembusan jalur lebar negara capai 67.3 peratus pada suku pertama 2014 - Unicef Penembusan jalur lebar negara capai 67.3 peratus pada suku pertama 2014 - Unicef](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41369316505_295x200.jpg)
Unicef: Penembusan jalur lebar negara capai 67.3 peratus pada suku pertama 2014 - Gambar fail
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![Jadikan landskap keutamaan dalam pembangunan, bukan hanya aksesori Jadikan landskap keutamaan dalam pembangunan, bukan hanya aksesori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689497289_AkmalNasrullah.jpg)
Jadikan landskap keutamaan dalam pembangunan, bukan hanya aksesori
Akmal Nasrullah berkata, Jabatan Landskap Negara sedang giat memperkemas sistem jaringan landskap negara bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan.
![Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662189156_AnnuarMusa.jpg)
Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa
Rakyat di negara ini perlu memupuk sikap tanggungjawab dalam soal memelihara harta benda awam termasuk landskap dan fasiliti awam.
![Hari Kebangsaan: DBKL rugi RM700,000 akibat kerosakan landskap Hari Kebangsaan: DBKL rugi RM700,000 akibat kerosakan landskap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662163852_TBbtaukbandar.jpg)
Hari Kebangsaan: DBKL rugi RM700,000 akibat kerosakan landskap
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian sebanyak RM700,000 akibat kerosakan landskap yang berlaku pada sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.
![MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659928555_MAHA.jpg)
MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur
Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden.
![Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645370770_BandarayaSeremban.jpg)
Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak
Usaha-usaha tersebut sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang sama oleh semua pihak dapat membangunkan bandar-bandar di negara ini setanding bandar di luar negara.
![Balik Pulau destinasi pelancongan baharu di P. Pinang - Muhammad Bakhtiar Balik Pulau destinasi pelancongan baharu di P. Pinang - Muhammad Bakhtiar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563622363_TBmenteri.jpg)
Balik Pulau destinasi pelancongan baharu di P. Pinang - Muhammad Bakhtiar
Pengunjung berpeluang meneroka keunikan alam semula jadi yang terdapat di Balik Pulau dengan berbasikal, menaiki bot dan merentasi hutan.
![Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539056017_SuriaKLCC.jpg)
Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap
Menurutnya tidak mustahil Taman KLCC boleh berkekalan sehingga ratusan tahun seperti The Eden Garden di Cornwall, England yang merupakan antara taman tercantik dan popular dalam kalangan pelawat.
![Tuntut RM80 juta untuk landskap rumah rasmi PM, TPM tapi... Tuntut RM80 juta untuk landskap rumah rasmi PM, TPM tapi...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51530181144_SeriPerdana.jpg)
Tuntut RM80 juta untuk landskap rumah rasmi PM, TPM tapi...
Syarikat tersebut dikatakan tidak menyelenggara dan melakukan kerja dengan sempurna, namun membuat tuntutan penuh berkaitan projek itu.
![Laman Serene ikon baharu Johor Bahru Laman Serene ikon baharu Johor Bahru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41517157481_BukitSerene.jpg)
Laman Serene ikon baharu Johor Bahru
Laman Serene dilihat sebagai satu bentuk transformasi terhadap pembangunan landskap bandar dan kawasan hijau selain dapat memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.
![Khairy tepis cadangan guna pemain naturalisasi Khairy tepis cadangan guna pemain naturalisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71510757469_Khairy.jpg)
Khairy tepis cadangan guna pemain naturalisasi
Namun cadangan itu pantas ditepis oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang berpendapat perubahan mutu bola sepak negara bukanlah boleh dilakukan dalam hanya satu malam.