Lapan Persatuan Penduduk (RA) di sini mengambil langkah proaktif menguruskan sisa domestik mereka sendiri dengan bantuan minimum pihak berkuasa bagi memastikan kelestarian persekitaran.
Naib Presiden Persatuan Pengurusan Sisa dan Alam Sekitar Malaysia (MSWME) Sooria Gandhi Rao berkata projek ini adalah satu pendekatan dari bawah ke atas untuk menggalakkan dan menyokong penduduk menguruskan sampah mengikut kaedah pilihan mereka.
"Pihak berkuasa seperti kerajaan telah memainkan peranan dengan melaksanakan dasar berkaitan dan mendidik orang ramai melalui pelbagai platform.
"Sebagai masyarakat, kita harus sedar ia adalah lebih baik untuk menguruskan sisa kita sendiri dan bukannya menunggu pengutip sampah mengambilnya," katanya semasa lawatan media di sini baru-baru ini.
Idea yang dimulakan oleh MSWME membabitkan Persatuan penduduk dari Paragon Heights, Wangsa Melawati, Taman Tasik Indah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Peel, Kampung Segambut Tengah, Sunway SPK Damansara, Flat Taman Mulia dan Perumahan Awam Bukit Kiara.
Ia juga membabitkan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Perbadanan Pengurusan Sisa pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang menyediakan bahan-bahan dan bantuan dalam bentuk pendidikan kepada penduduk bagi meningkatkan pengurusan sisa pepejal di rumah terutamanya sisa makanan.
Amalan bersepadu
Mengambil contoh Jepun sebagai salah sebuah negara terbaik dengan amalan bersepadu yang sistematik dalam pengurusan sisa, Rao berkata anggota Persatuan Penduduk dibawa melawat Jepun bagi memberikan mereka satu pengalaman berhubung pengurusan sisa domestik.
Katanya lawatan ke Jepun dianjurkan MSWME dengan JICA bagi anggota Persatuan Penduduk Paragon Height dan Wangsa Melawati pada 2014 dan 2015.
"Lawatan ini adalah bagi membolehkan mereka mengetahui dan memerhati aktiviti dan pelbagai peringkat pengurusan sisa oleh masyarakat di Jepun.
"Kami juga berpeluang bertukar-tukar pengalaman dan idea dengan masyarakat Jepun, agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mengenai bentuk halangan yang dihadapi semua pihak dan cara untuk mengatasinya," katanya.
Sooria berkata Persatuan Penduduk Wangsa Melawati dan Paragon Height adalah antara penduduk paling aktif melaksanakan inisiatif kitar semula mereka sendiri ke peringkat seterusnya.
Setiausaha Persatuan penduduk Wangsa Melawati Farahnur Kasim berkata mereka terpaksa membina Pusat 3R (Mengurangkan, Guna Semula, Kitar Semula) yang membolehkan penduduk meletakkan sampah mereka yang boleh dikitar semula termasuk minyak masak terpakai untuk dikutip Alam Flora.
"Kami juga memproses minyak masak terpakai dan menukarnya kepada lilin berwarna-warni," katanya.
Teknik pengkomposan
Sementara itu, wakil Persatuan Penduduk Paragon Height Joey Ch'ng berkata mereka mengambil keputusan untuk mengamalkan kaedah Bokashi, teknik pengkomposan menggunakan bakteria bagi menguraikan sisa makanan.
"Dengan melupuskan sisa makanan kami dengan penuh tanggungjawab, bukan sahaja kita boleh menyelamatkan daripada aliran sampah tetapi juga menyediakan produk yang kaya dengan nutrien yang kembali semula ke bumi," katanya.
Sementara itu, wakil kanan JICA Malaysia Shinsaku Fukuzawa berkata JICA akan terus membantu dan menyokong Malaysia dalam mencapai pembangunan yang seimbang ke arah menjadikannya sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
"Tahun ini, kami memberi tumpuan membantu Malaysia dalam pengurusan sisa pepejal terutama sisa makanan dengan menyediakan latihan, kemudahan dan teknologi," katanya.
JICA adalah sebuah agensi pentadbiran kerajaan Jepun yang menggalakkan kerjasama antarabangsa dengan menyokong pembangunan sosio-ekonomi, pemulihan dan kestabilan ekonomi negara-negara membangun termasuk Malaysia.
Bernama
Mon Mar 14 2016
![Penduduk urus sendiri sisa domestik demi alam sekitar Penduduk urus sendiri sisa domestik demi alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41457927109_ThrowingoutTrash.jpg)
Sebagai masyarakat, kita harus sedar ia adalah lebih baik untuk menguruskan sisa kita sendiri dan bukannya menunggu pengutip sampah mengambilnya. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717601862_TBJOHARITOKYOjpg.jpg)
Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari
Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.
![COVID-19: Kerajaan Jepun sumbang 21,200 PPE kepada NADMA COVID-19: Kerajaan Jepun sumbang 21,200 PPE kepada NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613100032_PPEJICANADMA.jpg)
COVID-19: Kerajaan Jepun sumbang 21,200 PPE kepada NADMA
Sumbangan PPE antaranya merangkumi pakaian pelindungan penuh akan diserahkan kepada petugas barisan hadapan.
![Gempa Lombok: Sikap sambil lewa harus dihakis - TPM Gempa Lombok: Sikap sambil lewa harus dihakis - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531834480_WANAZIZAH.jpg)
Gempa Lombok: Sikap sambil lewa harus dihakis - TPM
Malaysia tidak lagi boleh beranggapan, bebas gempa bumi.
![LKTN guna teknologi Jepun tingkatkan pengeluaran kenaf LKTN guna teknologi Jepun tingkatkan pengeluaran kenaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524454783_KENAF.jpg)
LKTN guna teknologi Jepun tingkatkan pengeluaran kenaf
LKTN melaksanakan projek perintis pertama sistem penapisan air berkualiti menggunakan kepakaran Jepun berharga RM1.5 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk beras
![13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun 13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519056264_JICA.jpg)
13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun
Inovatif Asia yang bermula tahun lepas bertujuan untuk meningkatkan peredaran sumber manusia yang cekap antara Jepun dan negara-negara Asia dan untuk menggalakkan inovasi di seluruh Asia.
![Pengendalian e-waste tanpa kaedah betul hasilkan keracunan Pengendalian e-waste tanpa kaedah betul hasilkan keracunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508600191_electronicwaste.jpg)
Pengendalian e-waste tanpa kaedah betul hasilkan keracunan
Pada penghujung tahun hadapan akan dilaksanakan dasar, perundangan serta sistem pengendalian e-waste yang lebih baik.
![Penduduk urus sendiri sisa domestik demi alam sekitar Penduduk urus sendiri sisa domestik demi alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41457927109_ThrowingoutTrash.jpg)
Penduduk urus sendiri sisa domestik demi alam sekitar
Lapan Persatuan Penduduk (RA) ambil langkah proaktif uruskan sisa domestik mereka sendiri dengan bantuan minimum pihak berkuasa bagi memastikan kelestarian persekitaran.