Tiga belas peserta Malaysia dalam program 'Inovatif Asia', inisiatif yang diuruskan oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti Jepun.
Universiti berkenaan termasuk Universiti Hokkaido, Institut Teknologi Shibaura, Universiti Tokyo, dan Universiti Tsukuba.JICA dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Inovatif Asia yang bermula tahun lepas bertujuan untuk meningkatkan peredaran sumber manusia yang cekap antara Jepun dan negara-negara Asia dan untuk menggalakkan inovasi di seluruh Asia.
"Tambahan pula, input oleh sumber manusia inovatif Asia kepada komuniti perniagaan Jepun dijangka membawa kepelbagaian kepadanya, yang membawa faedah bersama untuk Jepun dan negara-negara Asia, yang juga akan mengukuhkan hubungan dua hala dalam jangka masa panjang.
"Bagi tujuan ini, kerajaan Jepun telah memutuskan untuk menyediakan peluang untuk pengajian siswazah dan latihan di Jepun untuk pelajar yang berwibawa yang sedang belajar atau belajar di 60 sekolah rakan di 12 negara Asia, selama lima tahun dari 2017 hingga 2021," katanya.
Melalui program ini, peserta akan diterima mengikuti sarjana atau kedoktoran di universiti Jepun dalam bidang seperti sains dan teknologi, dan kejuruteraan, khususnya, Teknologi Maklumat, Internet of Things, kecerdasan buatan.
Semua peserta juga dijangka menjalani latihan selama enam bulan di syarikat-syarikat Jepun, institut penyelidikan, atau organisasi kerajaan, dan lain-lain semasa cuti musim panas dan/atau peluang-peluang lain yang sesuai.
Terdapat kira-kira 1,000 peserta dari 12 negara Asia dalam program ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2018
![13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun 13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519056264_JICA.jpg)
Melalui program 'Inovatif Asia', peserta akan diterima mengikuti sarjana atau kedoktoran di universiti Jepun dalam bidang seperti sains dan teknologi, dan kejuruteraan, khususnya, Teknologi Maklumat, Internet of Things, kecerdasan buatan.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681725690_basEVMPT.jpg)
Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei
Bas elektrik (EV) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan beroperasi bagi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.
![13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun 13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519056264_JICA.jpg)
13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun
Inovatif Asia yang bermula tahun lepas bertujuan untuk meningkatkan peredaran sumber manusia yang cekap antara Jepun dan negara-negara Asia dan untuk menggalakkan inovasi di seluruh Asia.