Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bersaiz antara 300 hingga 500 kaki persegi akan dipindahkan ke unit perumahan baharu yang lebih luas.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha ini adalah inisiatif kerajaan untuk menambah baik taraf kehidupan serta menangani gejala sosial termasuk penagihan dadah di kalangan remaja yang semakin meruncing.
"Kita akan kenal pasti kawasan untuk dibangunkan semula supaya golongan ini dapat berhijrah ke tempat kediaman yang lebih luas," kata beliau dalam satu temubual eksklusif bersama Astro Awani di sini hari ini.
Mengulas isu penagihan dadah seperti yang didakwa berlaku di kawasan PPR, Tengku Adnan berkata pihaknya sudah mula mengambil langkah bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Antara usaha-usaha yang dimaklumkan beliau termasuk mewujudkan program mingguan yang melibatkan pelbagai agensi berkaitan.
"Kita tidak boleh harapkan hanya kepada pihak kerajaan dan pihak polis sahaja. Kita perlu mendekati masyarakat setempat kerana mereka lebih mengetahui keadaan sekitarnya," kata beliau.
Lebih 80 peratus daripada 27 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara dikenal pasti antara sarang penagih dadah.
Kebanyakan masalah dadah INI dipercayai berpunca daripada gejala sosial kesan daripada kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.
Astro Awani
Thu Jul 28 2016
Lebih 80 peratus daripada 27 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara dikenal pasti antara sarang penagih dadah. - Gambar fail
Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan
Najib Razak memfailkan bantahan awal terhadap tindakan Majlis Peguam mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda.
Perisai Panthera siap siaga hadapi situasi luar jangka
Melibatkan 800 individu dari agensi awam dan swasta, simulasi itu antara lain melibatkan pasukan AFRS, JBPM, KKM, PDRM, APM dan Jabatan Penerangan (sebagai pusat media).
Lebih seribu keluar parti tidak gugat Bersatu
Tindakan 1,000 ahli Bersatu keluar parti membabitkan lapan cawangan dalam bahagian Jeli, tidak mengugat kempen PRK DUN Nenggiri.
Kempen ‘Inilah KITA’ Astro rai kepelbagaian, semangat kebersamaan
Kempen 'Inilah KITA' menampilkan beberapa inisiatif menarik, antaranya Saluran KITA (CH100) dan pratonton percuma enam saluran (Showcase, Hits Movies, tvN Movies, Hits Now, Zee Cinema dan ABO Movies Thangahiraidari) dari 30 Ogos hingga 16 September.
Kelantan nafi beri 54 kelulusan baharu
Kerajaan Kelantan nadi dakwaan telah memberi 54 kelulusan baharu penerokaan hutan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Tiga maut, seorang cedera letupan gas di Guangdong
Agensi media CCTV melaporkan siasatan awal oleh pihak berkuasa mendedahkan punca letupan dipercayai akibat pembakaran gas.
Warganegara Malaysia diminta tangguh perjalanan ke Bangladesh
Wisma Putra pada Rabu telah mengeluarkan nasihat perjalanan buat warganegara Malaysia agar menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh.
Fahmi tidak tolak kemungkinan AI turun hantaran PM
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak menolak kemungkinan alat kecerdasan buatan (AI) di platform Facebook, Meta Platforms Inc (Meta) yang bertindak menurunkan hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
[TERKINI] Azizulhasni, Shah Firdaus lepasi pusingan kelayakan acara pecut
Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman merekodkan catatan masa 9.402 saat, manakala Shah Firdaus pula merekodkan catatan masa 9.635s.
Anggota PGA antara 9 ditahan disyaki proses ketum
Anggota polis dari dari Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah antara sembilan ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses air ketum, pada Selasa.
Penduduk PPR dipindah ke perumahan baharu, langkah bendung gejala sosial
Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bersaiz antara 300 hingga 500 kaki persegi akan dipindahkan ke unit perumahan baru yang lebih luas.