MUAR: Penduduk lima kampung di sini menarik nafas lega apabila laluan utama untuk ke bandar Muar sudah boleh dilalui kenderaan berat dan lori selepas empat hari 'terkepung' dengan limpahan air sungai.
Kampung terbabit iaitu Kampung Tulang Gajah, Kampung Gombang, Kampung Lenga, Kampung Batu 29 Lenga dan Kampung Jawa, yang menempatkan ratusan keluarga, dilanda banjir sejak Rabu lepas.
Tinjauan Bernama bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pagoh mendapati laluan di Kampung Saujana Batu 29 menghala Bukit Kepong dan Kampung Jawa ke Lenga sudah mula dilalui pagi ini selepas air sungai yang melimpah di kawasan itu surut.
Bagaimanapun, beberapa rumah di kawasan itu masih ditenggelami air sedalam satu hingga dua meter namun penduduk kelihatan sudah mula pulang ke rumah masing-masing untuk membersih dan meninjau keadaan kediaman mereka.
Bagi Mohammad Lazim Abdul Hamid, 72, pembukaan laluan itu memudah dan membolehkan lebih banyak bantuan diterima oleh penduduk kawasan terbabit selepas empat hari 'terperangkap.'
"Walaupun kami tidak boleh keluar tetapi masih boleh terima bantuan bekalan makanan daripada agensi kerajaan dan kita agihkan pula kepada penduduk lain yang terkesan akibat banjir kerana kurang berkemampuan dan tidak bekerja.
"Apabila laluan ini sudah dibuka, mana-mana penduduk yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda boleh keluar membantu mendapatkan bekalan makanan dan melihat rumah mereka yang sebelum ini dinaiki air," kata warga emas itu kepada Bernama hari ini.
Pegawai Daerah Muar Mustafa Kamal Shamsudin pula berkata 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah itu yang menempatkan 1,188 orang daripada 346 keluarga dari 23 kampung.
Beliau berkata banjir sudah mula surut dan mengalir ke arah Kampung Sabak Aur di sini dan menjangkakan kawasan itu dinaiki air dalam masa terdekat.
"Ini memang tradisi banjir dan kita sudah mula buka PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani pada 1 Jan lepas sebagai persediaan.
"Bagi kawasan Muar, kami membuka pusat operasi di Kompleks Penghulu Mukim Lenga untuk memudahkan pengagihan barangan makanan dan proses menyelamat dijalankan kerana kawasan ini banyak kampung yang terjejas," katanya.
Setakat 2 petang, lima sungai di Johor masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat; Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar; Sungai Muar di Panchor, Muar; Sungai Muar di Liang Batu, Muar dan Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Di Muar, masih ada beberapa laluan masih digenangi air dan hanya kenderaan pacuan empat roda serta lori yang boleh melalui laluan tersebut. - Bernama
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
Banjir: PPS diaktifkan di Kubang Pasu tempatkan 53 mangsa
PPS di Sekolah Kebangsaan Malau itu menempatkan 53 mangsa daripada 15 keluarga dari tiga kampung terjejas.
Perubahan corak, magnitud musim tengkujuh tingkat cabaran pengurusan banjir
PETRA beri tumpuan kepada perlaksanaan projek infrastruktur dan langkah mitigasi untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir dengan segera.
Hampir 300 banduan larikan diri dari penjara Nigeria selepas banjir
Selasa lepas, hujan lebat menyebabkan empangan pecah, membanjiri sebahagian besar bandar.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Enam terkorban dalam banjir di Bangladesh
Tanah runtuh besar berlaku pada Khamis di kem pelarian di daerah Cox's Bazar, kira-kira 392 kilometer (km) tenggara Dhaka.