MELAKA: Penduduk Kampung Morten di sini terutama peniaga makanan, kesal dengan penyebaran di media sosial gambar banjir yang berlaku di kampung itu yang dilihat seolah-olah menjadi sebuah 'pulau' pada Sabtu lepas (1 Jan).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten Jalina Mahmood berkata tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab kerana gambar situasi banjir yang diambil dari bangunan tinggi berhampiran, tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Beliau berkata ia bukan sahaja menggemparkan masyarakat, malah memberi kesan kepada sektor pelancongan di perkampungan tradisional Melayu yang menjadi ikon pelancongan Melaka itu, khususnya peniaga makanan.
"Gambar keadaan banjir yang berlaku di Kampung Morten hujung minggu lepas tidak seperti yang berlaku kerana bukan semua rumah di perkampungan ini dinaiki air, hanya sebahagian kecil sahaja iaitu yang terletak di kawasan agak rendah.
"Lagipun, banjir yang berlaku bukan perkara luar biasa di kampung ini kerana kedudukannya yang bersebelahan Sungai Melaka, menyebabkan air sungai sering melimpah ke kawasan kampung terutama apabila air pasang besar atau hujan lebat terlalu lama," katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.
Beliau berkata situasi banjir yang sering berlaku di kampung itu juga tidak berapa serius, hanya beberapa rumah sahaja dimasuki air dan selalunya akan segera surut.
Mengulas kesan penyebaran gambar Kampung Morten menjadi 'pulau' akibat banjir itu, Jalina berkata kebanyakan peniaga terjejas mata pencarian kerana pelancong atau pengunjung tidak masuk ke kampung tersebut terutama pada Ahad lepas dan jumlahnya masih berkurang sehingga hari ini.
Peniaga makanan Amnah Othman, 64, berkata perniagaannya terjejas dengan penyebaran gambar tersebut kerana tiada pengunjung datang ke kampung itu sama ada untuk melancong atau makan.
"Pada Sabtu lepas, hujan sangat lebat tetapi masih ramai yang masuk ke Kampung Morten untuk berjalan-berjalan atau makan, dan di sini pun ada 'homestay' (rumah inap) tetapi apabila tular gambar Kampung Morten jadi pulau, esoknya terus tak ada orang yang berani masuk.
"Memang teruk berniaga pada Ahad lepas dan sampai hari ini masih kurang berbanding sebelum gambar itu tular. Biasanya berderet kereta masuk walaupun pada waktu siang," katanya.
Berkongsi perasaan kecewa dan sedih, Sofian Jaafar, 35, berkata perniagaan makanan yang diusahakan keluarganya sejak lima tahun lepas turut terkesan disebabkan berita tidak tepat itu.
Beliau yang merupakan anak jati kampung itu berkata penyebaran gambar tersebut menimbulkan rasa kurang selamat kepada pengunjung untuk ke Kampung Morten sedangkan ia tidak seperti digambarkan.
"Mungkin orang percaya Kampung Morten memang jadi pulau, justeru saya mohon kepada masyarakat terutama orang luar supaya tidak menyebarkan berita tidak betul kerana ia menyusahkan kami yang meniaga," katanya.
Penduduk, Salim Abu, 65, berkata banjir yang berlaku hanya melibatkan deretan rumah di Lorong Tun Mamat 1 kerana kedudukannya berhampiran sungai serta beberapa rumah di lorong lain.
"Gambar yang diambil dari atas tidak merakam sepenuhnya kampung ini, hanya fokus di kawasan tepi sungai. Rumah saya di lorong satu tapi di bahagian belakang dan air langsung tidak masuk ke rumah.
"Jadi kami mohon hentikanlah perbuatan viralkan benda tidak tepat ini kerana merugikan ramai orang," katanya.
Sebelum ini, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka Abd Hakim Hamzah memaklumkan kejadian banjir di Kampung Morten pada Sabtu lepas berpunca daripada fenomena air laut pasang besar dan limpahan air Sungai Melaka berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022

Penduduk Kampung Morten kesal dengan penyebaran di media sosial gambar banjir yang berlaku di kampung itu yang dilihat seolah-olah menjadi sebuah 'pulau' pada Sabtu lepas (1 Jan). -Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perbincangan dapatkan penempatan baharu peniaga Kampung Jawa masih berjalan
Perbincangan itu termasuk dengan pihak UDA Holdings Berhad (UDA) bagi mengenal pasti tapak bersesuaian di Kampung Morten untuk memindahkan peniaga terlibat.