Dalam kejadian kira kira jam 10 malam itu, kucing hutan atau nama saintifiknya, prionailurus planiceps, dipercayai tersesat memasuki rumah penduduk tersebut.
Sehubungan itu, penduduk terus menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar bagi memaklumkaan penemuan itu.
Menurut Pegawai Operasi APM Daerah Kota Setar, Leftenan Pertahanan Awam Mohamad Rizal Abd Razak, anggotanya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan terbabit sekitar jam 10.30 malam.

Empat anggota kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu penduduk menangkap kucing hutan berkenaan..
Jelas Rizal, berdasarkan maklumat yang diterima dari penduduk kampung, kucing hutan itu telah memasuki perangkap dan berada di dalamnya.
Tambah Rizal, anggotanya mengambil masa kira kira 45 minit untuk menangkap kucing hutan itu memandangkan haiwan terbabit bertindak agresif.
Kucing hutan itu kemudiannya dibawa ke pejabat APM Kota Setar bagi perlindungan sementara.