KUALA SELANGOR: Penduduk di Kampung Kuantan, di sini gempar berikutan tular rakaman video menunjukkan seekor buaya timbul di permukaan Sungai Selangor di kampung berkenaan pada Selasa.
Video berdurasi 0.24 saat itu menunjukkan reptilia tersebut timbul menyusuri sungai itu dalam beberapa saat sebelum tenggelam semula di permukaan air.
Sebuah laman Facebook yang memuat naik status itu memaklumkan, buaya itu ditemui pada petang Isnin.
"Kelibat 'Abang Besar' (buaya) di Kampung Kuantan petang tadi. Hati-hati kepada semua pemancing," katanya.
Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan sungai di kampung itu memang terkenal dengan habitat buaya.
"Penduduk Kampung Kuantan juga mengetahui tentang kewujudan buaya di situ," katanya.
Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati di sekitar kawasan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
"Perhilitan akan menjalankan siasatan dan membuat pemantauan di kawasan berkenaan," katanya.
Sinar Harian pada 20 Februari tahun lalu pernah melaporkan mengenai tular gambar seekor buaya menyusuri sungai di kampung berkenaan di Facebook.
Individu yang merakam gambar itu menyifatkan reptilia yang ditemui di Sungai Selangor itu terlalu besar.
Artikel asal di Sinar Harian: Penduduk gempar 'Abang Besar' muncul
Sinar Harian
Wed Jun 30 2021

Rakaman video menunjukkan buaya terbabit timbul di permukaan Sungai Selangor di Kampung Kuantan di Kuala Selangor pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dakwaan DAP 'abang besar' adalah pemikiran jumud, kolot - Kor Ming
Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming membidas kenyataan Datuk Radzi Jidin yang mendakwa parti itu bertindak sebagai abang besar dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Sikap 'abang besar' punca PH-BN kalah di Terengganu - Raja Bahrin
Raja Kamarul Bahrin meluahkan rasa kecewa apabila gabungan PH-Barisan Nasional (BN) gagal memenangi sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN Kedah: BN, PH tidak boleh jadi 'abang besar' dalam pembahagian kerusi - Mahfuz
Semua pihak harus menerima dengan hati terbuka meskipun terpaksa mengecilkan jumlah kerusi DUN yang ditandingi.

Tiada 'abang besar' atau 'parti dominan' dalam PN - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada konsep 'abang besar' atau 'parti dominan' dalam gabungan itu.

Dakwaan UMNO 'abang besar' hanya persepsi politik - Bersatu
Ronald Kiandee berkata, parti berkenaan kini sedang berusaha bersungguh-sungguh membentuk kerjasama erat antara parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk UMNO.