Penduduk di sekitar kawasan Taman Indera Sempurna di sini gempar apabila hutan paya gambut yang berdekatan kawasan perumahan mereka terbakar dalam kejadian malam tadi.
Kejadian yang bermula jam 7.30 malam itu melibatkan kawasan hutan paya gambut seluas kira-kira 13 hektar, malah menyaksikan api menjulang tinggi.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.38 malam sebelum jentera pertama tiba 10 minit kemudian.
"Pihak bomba dengan kekuatan 11 pegawai dan anggota bersama tiga jentera berjaya mengawal kebakaran selepas lima jam operasi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kawasan hutan itu adalah tanah persendirian dan punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat.
"Pemantauan di lokasi hutan berkenaan diteruskan lagi hari ini bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kembali kebakaran," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini hingga boleh menyebabkan pencemaran udara.
"Penduduk di kawasan berdekatan dinasihatkan memakai topeng muka serta mengurangkan aktiviti luar rumah demi memastikan kesihatan tidak terganggu," katanya.
Noraniza Kamsani
Fri May 18 2018
![Penduduk gempar, 13 hektar hutan paya gambut terbakar Penduduk gempar, 13 hektar hutan paya gambut terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526618836_HutanPayaGambut.jpg)
Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata, kawasan hutan yang terbakar itu adalah tanah persendirian. Foto Ihsan Pembaca
![Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720421188_Australiaimposesni.jpg)
Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia
Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan.
![Masukkan dadah: Mamat Exist didenda RM4,000 Masukkan dadah: Mamat Exist didenda RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706008020_TBMAMATDADAH.jpg)
Masukkan dadah: Mamat Exist didenda RM4,000
Bekas vokalis Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.
![Kuah mi segera jadi ancaman kerosakan gunung tertinggi Korea Selatan Kuah mi segera jadi ancaman kerosakan gunung tertinggi Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720414291_HallasanMountain.jpg)
Kuah mi segera jadi ancaman kerosakan gunung tertinggi Korea Selatan
GUNUNG tertinggi di Korea Selatan dikesan mengalami kerosakan alam sekitar daripada sumber yang tidak dijangka - kuah mi segera.
![Kapal kontena karam, 10 kru termasuk kapten diselamatkan Kapal kontena karam, 10 kru termasuk kapten diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720419100_TanjungRhu.jpg)
Kapal kontena karam, 10 kru termasuk kapten diselamatkan
Sepuluh kru kapal kontena MV KUMJIN terselamat selepas kapal berkenaan karam di kedudukan 2.1 batu nautika Barat Tanjung Rhu, Sepang.
![BUDI Madani: Bantuan bermakna untuk ringankan beban BUDI Madani: Bantuan bermakna untuk ringankan beban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720418797_BudiMadani.jpg)
BUDI Madani: Bantuan bermakna untuk ringankan beban
Inisiatif Kerajaan menyalurkan bantuan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani, dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
![Pemain Liverpool sudah terjamin bakal muncul finalis EURO 2024, Copa America Pemain Liverpool sudah terjamin bakal muncul finalis EURO 2024, Copa America](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720418577_pemainLiverpool.jpg)
Pemain Liverpool sudah terjamin bakal muncul finalis EURO 2024, Copa America
Liverpool mempunyai sembilan pemain yang akan beraksi sebagai finalis dalam kedua-dua kejohanan EURO 2024 dan Copa America.
![Pelakon disiasat tumbuk teman wanita Pelakon disiasat tumbuk teman wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720417421_Tumbuk.jpg)
Pelakon disiasat tumbuk teman wanita
Seorang pelakon disiasat dipercayai menumbuk teman wanitanya di Ara Damansara, di sini pada Ahad.
![2 maut, 19 cedera dalam insiden tembakan di Detroit 2 maut, 19 cedera dalam insiden tembakan di Detroit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720412532_TBLOSANGELESjpg.jpg)
2 maut, 19 cedera dalam insiden tembakan di Detroit
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 19 lagi cedera dalam satu insiden tembakan rambang di Detroit awal pagi Ahad, menurut laporan awal Polis Negeri Michigan.
![Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720416477_MalaysianHockeyCon.jpg)
Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman
Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman.
![Banci Pertanian: Data beri kesan limpah, harga lebih berbaloi - Ketua Perangkawan Banci Pertanian: Data beri kesan limpah, harga lebih berbaloi - Ketua Perangkawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720415146_TBbnm.jpg)
Banci Pertanian: Data beri kesan limpah, harga lebih berbaloi - Ketua Perangkawan
Banci Pertanian 2024 yang bermula Ahad selama tiga bulan sehingga Oktober akan membabitkan lebih 5,000 pegawai Jabatan Perangkaan.
![Cuaca panas: Kebakaran hutan Terengganu dijangka meningkat Cuaca panas: Kebakaran hutan Terengganu dijangka meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552183461_GambutTerbakar.jpg)
Cuaca panas: Kebakaran hutan Terengganu dijangka meningkat
Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, bagi sembilan hari pertama bulan ini, sebanyak 65 kes kebakaran terbuka, termasuk hutan, tanah gambut dan belukar, telah direkodkan.
![Penduduk gempar, 13 hektar hutan paya gambut terbakar Penduduk gempar, 13 hektar hutan paya gambut terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526618836_HutanPayaGambut.jpg)
Penduduk gempar, 13 hektar hutan paya gambut terbakar
Kejadian yang bermula jam 7.30 malam itu melibatkan kawasan hutan paya gambut seluas kira-kira 13 hektar, malah menyaksikan api menjulang tinggi.