Kementerian Kesihatan Malaysia berkata 64 penduduk kampung Bintang Laut, Batu Pahat, Johor diletak di bawah pengawasan di rumah dan bukan dikuarantin seperti yang disiarkan beberapa media tempatan.
Ini susulan satu kes kematian yang disahkan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada 13 April lepas.
"Merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), istilah 'kuarantin' memberi maksud pengasingan atau pemerhatian yang dijalankan dan termasuklah sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri dalam Warta sebagai stesen kuarantin," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaksanakan aktiviti pencegahan serta kawalan termasuk saringan kesihatan di lapangan dan di fasiliti kesihatan bagi mereka yang berisiko.
"Pemantauan kesihatan secara harian dijalankan bagi mereka yang mempunyai gejala di samping memberikan pendidikan kesihatan kepada orang awam dan mereka yang terdedah," tambah Dr Noor Hisham.
Sebanyak 27 sampel telah diambil di kalangan kontak rapat termasuk anggota kesihatan yang berkaitan yang mempunyai gejala. Dari itu, 17 sampel telah disahkan negatif, manakala 10 sampel sedang menunggu keputusan.
Astro Awani
Fri Apr 18 2014
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. -Gambar Fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
JKNJ akan keluarkan laporan penuh kematian kanak-kanak
Ling Tian Soon berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
JKNJ mungkin ambil tindakan tatatertib jika doktor kontrak sertai mogok
Pengarah JKNJ Datuk Dr Aman Rabu berkata bagaimanapun, tindakan itu hanya akan diambil selepas teguran dan nasihat diberikan kepada mereka.
15 premis makanan kotor di JB diarah tutup
Sebanyak 130 notis kesalahan membabitkan nilai kompaun RM67,250, telah dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
JKNJ rampas ubatan tidak berdaftar bernilai RM1.13 juta
Sebanyak 335 jenis produk ubat-ubatan dan produk kesihatan tidak berdaftar dengan KKM bernilai RM1.13 juta dirampas dalam satu operasi 'Ops Nico' pada 8 September lalu.
JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan
JKNJ juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.
JKNJ nafi terdapat kematian di HSI akibat gangguan bekalan elektrik
Pihak pengurusan memaklumkan tiada kematian yang disebabkan oleh insiden bekalan elektrik terputus ini.
JKNJ, JAINJ laksana aktiviti pengawasan ke atas AJK masjid, surau di Johor Bahru
Seramai 75 petugas kesihatan terlibat terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak.
JKNJ arah sebuah kilang ditutup, empat dikompaun kerana tidak patuh SOP
Sebuah kilang di bandar raya ini diarahkan tutup tujuh hari bermula hari ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Dakwaan enam kedai TNB berisiko jangkitan COVID-19 palsu
Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan bahawa enam buah Kedai Tenaga Nasional Berhad di tiga daerah di negeri ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi dalam penularan jangkitan COVID-19.
JKN nafi dakwaan penutup hidung, mulut di Hospital Pontian tidak mencukupi
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKNJ, jabatan itu berkata dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.