SHAH ALAM: Penduduk di daerah Petaling, Selangor dijangka hidup paling lama sehingga 80.5 tahun, mengikut perangkaan statistik bagi tahun 2023 dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Berdasarkan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2021-2023 menunjukkan, jangka hayat paling lama bagi penduduk daerah Samarahan, Sarawak pula dijangka (80.2 tahun), manakala Kalabakan, Sabah dianggarkan (78.9 tahun).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan jangkaan hayat ini disebabkan jumlah kematian pada tahun 2023 telah bertambah baik berbanding 2021 dan 2022 yang mana berlakunya lebihan kematian semasa pandemik COVID-19.
Menurutnya, dalam masa sama, daerah Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2023 iaitu 62.8 tahun.
"Secara keseluruhan, 31 daripada 156 daerah melepasi jangka hayat di peringkat nasional. Jangka hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki adalah di Petaling, Selangor (78.9 tahun) dan perempuan di Kalabakan, Sabah (82.8 tahun)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, seorang bayi yang lahir pada 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 74.8 tahun, manakala secara purata, seorang bayi perempuan pada 2023 dijangka boleh hidup sehingga 77.4 tahun, lebih lama berbanding bayi lelaki pada 72.5 tahun.
"Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri bagi tempoh 2021 hingga 2023 dicatatkan di Selangor, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tempoh yang sama.
"Terdapat lima negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional pada 2021 hingga 2023 iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Sarawak," katanya.
Mohd. Uzir berkata, jangkaan hayat ketika lahir mencatatkan peningkatan 1.0 tahun pada 2023 berbanding 2022.
Mengulas lanjut, beliau berkata, seorang lelaki yang mencapai usia 15 dan 60 tahun pada 2023 masing-masing dijangka hidup selama 58.3 tahun dan 18.3 tahun lagi.
"Ini bermakna, lelaki yang berumur 15 dan 60 tahun pada 2023 masing-masing dijangka hidup sehingga 73.3 tahun dan 68.3 tahun. Sebaliknya, wanita dalam kumpulan umur yang sama dijangka hidup selama 63.1 tahun dan 21.1 tahun lagi, menghasilkan jangka hayat masing-masing 78.1 tahun dan 81.1 tahun," ujarnya.
Jelasnya, kaum Cina terus mencatatkan jangkaan hayat tertinggi ketika lahir pada 2023 iaitu 77.0 tahun, sebaliknya, jangkaan hayat ketika lahir terendah dicatatkan oleh India 71.4 tahun.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 26 2023
Penduduk daerah Petaling di Selangor dijangka hidup paling lama sehingga 80.5 tahun. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Uzir)
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Pencemaran udara singkatkan jangka hayat di Bangladesh purata sebanyak 4.8 tahun - WHO
Kesemua 166.4 juta penduduk Bangladesh tinggal di kawasan yang mana paras purata tahunan pencemaran zarah halus melebihi garis panduan WHO.
Jangka hayat penduduk Korea Selatan turun kepada 82.7 tahun
Purata jangka hayat bayi yang dilahirkan di Korea Selatan tahun lalu turun sekitar satu tahun menjadi 82.7 tahun, menurut data yang dikeluarkan pada Jumaat.
Penduduk daerah Petaling hidup paling lama
Penduduk di daerah Petaling, Selangor dijangka hidup paling lama sehingga 80.5 tahun, mengikut perangkaan statistik bagi tahun 2023 dikeluarkan DOSM.
Tanya AI: Pengeluaran bulanan KWSP: Berapa jumlah pengeluaran boleh anda lakukan?
Berapakah jumlah pengeluaran yang anda boleh lakukan, sehingga akhir hayat anda?
Jumlah penduduk tua di Itali meningkat - Istat
Penduduk Itali semakin menua di tengah-tengah penurunan kadar kelahiran, peningkatan purata jangka hayat dan penduduk yang kian lanjut usia.
Jangka hayat penduduk Singapura menurun akibat COVID-19
Penurunan jangka hayat bagi penduduk Singapura dari 2020 hingga 2022, berpunca daripada kadar kematian yang lebih tinggi akibat COVID-19.
Jangka hayat produk vaksin COVID-19 Convidecia dilanjutkan - NPRA
Tempoh jangka hayat baharu yang diluluskan adalah daripada 15 bulan kepada 18 bulan apabila disimpan pada suhu 2 sehingga 8 darjah Celsius.
Purata jangka hayat rakyat Malaysia menurun - Jabatan Perangkaan
Statistik mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik COVID-19.
Pencemaran udara turunkan jangka hayat lebih dua tahun - Kajian
Kesan pencemaran udara setanding dengan merokok dan jauh lebih teruk daripada HIV/AIDS serta keganasan.
COVID-19: Jutaan dos vaksin J&J di AS hampiri tarikh luput
Ia termasuk mengkaji prosedur penyimpanan vaksin yang mungkin dapat memastikan ia tahan lebih lama.