Tragedi yang melanda Bukit Setiawangsa Disember tahun lalu memberikan kesan pelbagai pihak.

Meskipun kebimbangan penduduk bakal berakhir dengan pembinaan sangkar batu, namun tidak bagi sesetengah pemilik rumah berhampiran tempat kejadian.

Bagi Tan Scwu Leng, kejadian tanah runtuh menyebabkan beliau mengalami kerugian akibat kebimbangan yang dirasai penyewa rumahnya.

“Saya sewakan untuk bayaran pinjaman rumah saya, semuanya macam biasa sebelum ini tetapi selepas tragedi ini penyewa rumah saya tidak lagi mahu menyewa dirumah saya. Saya tak boleh salahkan dia kerana orang akan lakukan apa sahaja untuk keselamatan,” kata Scwu Leng.

Meskipun telah diumumkan selamat namun ia masih gagal mengubah persepsi masyarakat.

Justeru, Scwu Leng berharap penyelesaian jangka panjang dapat dilaksanakan agar kejadian tanah runtuh ini tidak menghantui penduduk Setiawangsa lagi.

“Sekarang, kejadian ini akan menimbulkan persepsi masyarakat bahawa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa siri kedua,” tambah beliau.

Kejadian tanah runtuh pada 28 Disember tahun lalu menyebabkan sebuah rumah banglo di lereng bukit rosak teruk.

Beberapa rumah lain berhampiran mengalami rekahan tanah.

Ekoran itu 106 penghuni rumah banglo, rumah teres dan rumah kedai diarah berpindah.