KOTA KINABALU: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan tulang belakang ekonomi yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara dan dilihat perlu untuk memanfaatkan ledakan digital bagi terus bergerak maju mendepani cabaran era semasa.

Menurut Ketua SME, Unifi Business, Telekom Malaysia (TM) Sabah, Muksin Jinin, melihat kepada potensi tersebut, Unifi Business telah mereka bentuk tiga pemboleh ubah pertumbuhan iaitu penyelesaian perniagaan yang menyeluruh, sokongan setempat di seluruh negara dan komuniti PMKS iaitu Unifi Business Club (UBC).

“Kami turut menawarkan empat penyelesaian perniagaan holistik iaitu Penyelesaian Pemasaran Digital, Hab e-Dagang, Setoran Awan, dan Keselamatan Siber Kaspersky Small Office Security yang merangkumi keperluan untuk pelbagai perniagaan.

“Selain itu kita turut memberi sokongan dan bimbingan PMKS dalam perjalanan digitalisasi mereka dengan bantuan lebih daripada 600 pasukan perunding perniagaan bertauliah di seluruh negara selain hampir 200 pakar pendigitalan yang diperakui Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (ICDL),” katanya ketika ditemui semasa siri Jelajah Jiwa SME 2023 di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah di sini pada Sabtu.

TM Unifi Business: Memperkasa ekonomi PMKS menerusi pendigitalan

Tambah beliau, menerusi acara Jelajah Jiwa SME 2023 ini, ia dilihat sebagai satu platform terbaik untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada PMKS di Sabah khususnya mengenai kepentingan transformasi digital dan bagaimana Unifi Business boleh membantu mereka.

Dalam pada itu, menurut beliau, menerusi Unifi Business Club (UBC) semua pelanggan akan menikmati faedah sebagai ahli termasuk akses kepada kandungan yang berkaitan dan terkini di portal rasmi unifi.

“Mereka akan mendapatkan kandungan bermanfaat seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tips perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan.

“Ahli UBC juga akan mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibatan komuniti yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan perniagaan,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dan juga penyelesaian pendigitalan PMKS, boleh layari www.unifi.com.my/business

Anda juga boleh mendapatkan maklumat secara terus berkaitan Unifi Business di acara Jelajah Jiwa SME di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu pada Sabtu dan Ahad ini.