BANGKOK: Pendigitalan menjadi pemangkin penting dalam memudahkan pemulihan dan pertumbuhan mampan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mohd Zuki, yang berada di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) tahun ini sebagai Wakil Khas Perdana Menteri berkata, pendigitalan itu sendiri tanpa pemboleh yang patut diberi perhatian, seperti keterangkuman, mungkin tidak mencukupi dalam menyediakan daya tarikan yang diperlukan untuk PMKS berkembang, matang dan meningkatkan rantaian nilai.
"Pada peringkat awal, kita perlu memajukan literasi digital dan keupayaan PMKS kita.
"Bagi tujuan itu, kerajaan perlu bekerjasama dengan wakil sektor swasta seperti daripada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) untuk mengenal pasti jurang dalam kemahiran digital PMKS kita dan berusaha ke arah penyelesaian pragmatik yang sesuai bagi menangani kekurangan ini," katanya dalam nota campur tangan pada Dialog ABAC dengan Pemimpin Ekonomi APEC di sini pada Jumaat.
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mempengerusikan Dialog ABAC dengan Pemimpin Ekonomi APEC di Queen Sirikit National Convention Centre di Bangkok.
Mohd Zuki berkata ekonomi APEC perlu terus melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja dalam sektor PMKS.
"Langkah-langkah ini akan membolehkan pekerja dalam sektor sedemikian melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang betul dan pengetahuan teknikal serta memudahkan lagi penyepaduan mereka ke dalam ruang yang semakin digital untuk firma dan perniagaan yang lebih kecil," katanya.
Sementara itu, Mohd Zuki turut berkongsi inisiatif Malaysia yang melancarkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia untuk meletakkannya sebagai pemain global yang berdaya saing dalam bidang produk dan penyelesaian digital.
"Sambungan Internet yang kukuh dan boleh dipercayai pada kadar kos efektif, sebagai contoh, akan menjadi prasyarat penting bagi PMKS yang ingin memulakan perjalanan pendigitalan mereka. Menyedari hakikat ini, Malaysia terus melabur dengan banyak dalam liputan 4G dan 5G di seluruh negara. Pada masa ini, kami berada di landasan yang betul untuk mencapai anggaran 96.9 peratus liputan 4G dan 36 peratus liputan 5G menjelang akhir tahun ini.
"Malaysia mendapat galakkan yang tinggi melalui usaha-usaha ABAC dalam mempercepatkan pendigitalan dan meningkatkan keterangkuman, termasuk melalui pengesyoran dasar, pelaksanaan program sokongan pembinaan kapasiti, dan pendemokrasian sumber perniagaan.
"Mari kita terus memperkukuh hubungan dan memajukan kerja pendigitalan serta keterangkuman, untuk kemakmuran semua rakyat kita dan generasi akan datang, seperti yang digariskan oleh APEC dalam Wawasan Putrajaya 2040," katanya.
Sementara itu, Mohd Zuki berkata elemen pendigitalan adalah "pusat kerja" untuk ekonomi APEC ke arah mencapai pemulihan ekonomi yang mampan dan pertumbuhan inklusif.
Dalam nota campur tangan beliau pada Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC Bersama Tetamu hari ini, beliau berkata satu kelebihan daripada pendemik ialah penggunaan alat digital yang dipercepatkan, kemahiran dan teknologi, khususnya oleh PMKS, pekerja dalam ekonomi tidak formal serta kumpulan lain yang mempunyai potensi ekonomi yang belum diterokai.
Berdasarkan ini katanya, kini adalah penting untuk menyatukan, mengekalkan dan menambah set kemahiran yang diperoleh oleh segmen masyarakat ini.
"Adalah juga penting bagi APEC untuk melaksanakan dengan segera mengenai inisiatif Masa Depan Kerja, untuk melindungi kesejahteraan ekonomi rakyat kita dalam dunia yang semakin digital," katanya.
Mohd Zuki berkata tanggungjawab kini terletak pada kerajaan untuk melaksanakan dasar dan program berkualiti tinggi yang menggalakkan akses yang adil dan saksama kepada pemboleh digital, infrastruktur dan pasaran, sambil mereka berusaha untuk menyamakan kedudukan dan meningkatkan taraf kehidupan orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022
Mohd Zuki Ali (dua, kanan) hadir pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC tahun ini sebagai Wakil Khas Perdana Menteri, di Pusat Konvensyen Queen Sirikit, Bangkok, 18 Nov 2022. --fotoBERNAMA
Dialog Tiga Penjuru: Cuaca buruk…musibah tak terduga!
Amaran cuaca buruk (hujan lebat, ribut petir dan angin kencang) di beberapa kawasan, apa persediaan kita perlu lakukan untuk elak risiko impak bencana dan situasi luar jangka? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
COP29: Menanti titik temu muktamad mekanisme pembiayaan dana iklim
Dzulfitri Yusop bawakan perkembangan terkini dari Persidangan COP29. Berbaki sehari sebelum melabuhkan tirai, masih belum ada titik temu persetujuan muktamadkan mekanisme pembiayaan dana iklim.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Netflix didakwa tidak bersedia untuk khalayak yang ramai dan gagal menyampaikan perkhidmatan yang dijanjikan.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Penduduk hasilkan sendiri beras
Susulan berlakunya beberapa isu kekurangan bekalan beras, ada dalam kalangan penduduk di Kampung Alor Berala, Pendang, Kedah mengambil inisiatif menghasilkan beras sendiri daripada mesin yang dibeli.
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga - Noraini
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi, komitmen kerjaya serta keinginan untuk memiliki kebebasan peribadi.
AWANI Ringkas: RUU pekerja gig | Kerjasama Malaysia-Vietnam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
MyCEB kembali ke IBTM World Barcelona 19-21 November
MyCEB memaklumkan acara itu mengetengahkan tawaran dinamik Malaysia sebagai destinasi utama perniagaan di Asia.
Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC
Belanjawan ini diumumkan pada waktu yang tepat dan selaras dengan persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN 2025.
Sabah antara enam penyumbang utama KDNK Malaysia bagi 2023 - Hajiji
Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada KDNK 2023, seiring Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
SHRDC, Enfrasys meterai MoU gabung rangkaian swasta 5G sementara
MoU itu selaras dengan usaha pendigitalan kerajaan negeri kerana rakyat mendambakan sistem penyampaian yang lebih efisien.
Kerajaan terbuka bekerjasama dengan pemain industri perkasa pendigitalan negara
Beliau minta semua ketua industri berkaitan hadir ke kementerian dan beri pandangan untuk menggariskan dasar digital pada masa akan datang.
Pengerusi ASEAN: Pendigitalan, transisi tenaga antara fokus - PM Anwar
Pendigitalan, tenaga boleh diperbaharui, perdagangan dan ekonomi merupakan antara aspek tumpuan Malaysia yang akan mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind
Pendigitalan bukan lagi satu opsyen tetapi keperluan untuk pengembangan perniagaan runcit dalam dunia hari ini.
Pelancong, nomad digital kini boleh berbelanja seperti lokal
Di sebalik kadar positif kemasukan pelancong asing, Malaysia memerlukan lebih banyak perbelanjaan antarabangsa dalam usaha negara menghasilkan pengalaman percutian yang berkualiti.
PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baharu pada Pilihan Raya Kecil Kemaman sebagai ujian rintis, untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
Huawei sedia sokong bina Malaysia digital dan hijau
Huawei komited untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam setiap langkah ke arah mencapai visi pendigitalan dan neutral karbon.
Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.