LAHAD DATU: Pewujudan Kelab Pengaturcaraan dan Robotik di sekolah kawasan Felda seluruh negara melalui inisiatif Felda Digital Maker Hub (FDMH) bakal memacu pendidikan digital untuk generasi baharu di kawasan tanah rancangan itu.
Felda, dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, Kelab Pengaturcaraan dan Robotik melalui inisiatif FDMH itu akan menjadi sebahagian aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan di sekolah, selain mampu menjadi platform untuk meningkatkan kecemerlangan murid.
"Kementerian Pendidikan bertanggungjawab memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik manakala Felda pula akan menyediakan latihan kepada guru reka bentuk dan teknologi setiap sekolah yang terlibat bagi memastikan penyampaian dan pelaksanaan aktiviti kepada pelajar dibuat secara berkesan.
"Felda sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif progresif bagi generasi baharunya termasuklah inisiatif FDMH ini. Felda juga yakin bahawa inisiatif ini akan menjadi instrumen bagi terus melonjakkan mobiliti sosial warga Felda bermula daripada pendidikan sekolah rendah," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena perasmian FDMH - Pengekodan dan Robotik oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin di Sekolah Kebangsaan Sahabat 4, Felda Sahabat, dekat sini, pada Sabtu yang turut dihadir Pengerusi Felda Tan Sri Idris Jusoh.
Inisiatif FDMH ini telah dilaksanakan di 19 buah sekolah kebangsaan di kawasan rancangan Felda dan telah memberi manfaat kepada 3,483 murid sekolah.
"Inisiatif ini akan terus dipergiat untuk dilaksanakan di keseluruhan 270 sekolah kebangsaan dalam kawasan rancangan Felda seluruh negara dengan sasaran dilengkapkan sebelum tahun 2026," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin (kanan) menyempurnakan simbolik pelancaran Felda Digital Maker Hub Coding & Robotic di Sekolah Kebangsaan Sahabat 4. - Foto BERNAMA
Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS
Profesor Dr Kuik Cheng Chwee berkata dasar tidak memihak yang pasif tidak akan berkesan di bawah pentadbiran Trump.
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pendidikan digital di sekolah Felda
Kelab Pengaturcaraan dan Robotik akan menjadi sebahagian aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan di sekolah.