Pendekatan kesederhanaan dalam menangani keganasan global yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2010 mendapat pujian negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).
Perkara itu disuarakan oleh kalangan Menteri Luar Apec dalam mesyuarat di sini hari ini, kata Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainudin.
Hamzah yang mewakili Malaysia pada mesyuarat itu berkata kalangan Menteri Luar Apec menerima baik pendekatan kesederhanaan itu dan memuji langkah perdana menteri memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) empat tahun lalu.
Beliau berkata ketika sesi intervensi itu, beliau telah menggesa negara anggota Apec supaya membanteras keganasan secara bersama dan bukannya bersendirian.
"Saya juga telah maklumkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar Apec pagi ini bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam mahu melihat segala maklumat dan pengalaman mestilah dikongsikan oleh semua negara dan bersifat terbuka serta saling mempunyai kepercayaan.
"Kita juga telah mempelawa negara-negara anggota Apec melalui GMM supaya sama-sama menggunakan pendekatan yang dibawa oleh Perdana Menteri ini. Ini telahpun diterima baik oleh rakan-rakan dalam mesyuarat pada pagi ini," katanya kepada wartawan Malaysia di Pusat Media, Pusat Konvensyen Nasional China (CNCC) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Multilateral) Kementerian Luar Datuk Ho May Yong dan Duta Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin.
Hamzah berkata, beliau juga mempelawa anggota Apec memanfatkan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) yang ditubuhkan oleh Malaysia pada 2003 dan telah mengendalikan pelbagai kursus perkongsian pengalaman dalam mengekang aktiviti keganasan.
Menurutnya, isu menangani keganasan global yang dibangkitkannya itu mendapat sokongan dan kebanyakan negara turut mengakui bahawa keganasan adalah satu isu yang besar akhir-akhir ini.
"Melawan keganasan ini amat penting, kerana kalau tidak ia akan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi. Jadi, saya menegaskan bahawa jika kita tidak menangani isu ini dengan baik, akhirnya nanti ia akan menjadi satu masalah yang besar" tegas beliau.
Dasar Malaysia adalah mengutamakan kepentingan rakyat, memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi untuk mengekang fahaman, ideologi dan aktiviti pengganas, kata Hamzah.
Sementara itu, Najib dijangka tiba Ahad malam untuk menghadiri Mesyuarat Para Pemimpin Ekonomi Asia Pasifik (AELM) ke-22 selama dua hari bermula Isnin di sini.
Bernama
Sat Nov 08 2014
Pendekatan kesederhanaan dalam menangani keganasan global yang dikemukakan Perdana Menteri sejak 2010 mendapat pujian negara anggota Apec. -Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
xxx
xxx
Layak ke Piala Dunia antara aspirasi TN50 - Khairy
Pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia antara aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Polis Thailand rampas satu juta pil methamphetamine, tangkap empat penghantar
Polis menahan empat orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan rampasan hampir sejuta pil methamphetamine di sebuah rumah di selatan Thailand.
KKMM cadang wujud perkhidmatan wifi percuma di bandaraya Kota Kinabalu
Peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKMM.
KP DBKL Mhd Amin Nordin dilantik Datuk Bandar KL yang baharu
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, 59, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 18 Julai ini.
Persenda Islam: Perbicaraan ke atas Vivian Lee diteruskan
Perbicaraan ke atas Vivian Lee - bekas teman wanita penulis blog kontroversi, Alvin Tan - yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan akan diteruskan 13 Julai depan.
Kemaman kembali dilanda banjir
Daerah Kemaman, Terengganu kembali dilanda banjir dengan tiga pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan 125 mangsa daripada 37 keluarga malam ini.
BookXcess sedia troli bakul untuk kemudahan pengunjung BBW
Kemudahan troli bakul ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada edisi kelima penganjuran jualan buku itu bagi menambah keselesaan, khususnya kepada pengunjung baharu.
Korea Selatan, Asean mampu jadikan ekonomi serantau inklusif, dinamik - Najib
Korea Selatan dapat membantu memastikan ekonomi serantau menjadi inklusif memandangkan kerjasama bersama rakan Asean lain akan membolehkannya menjadi lebih dinamik, kata Najib.
Azmin tidak ambil hati dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada dua exco
Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada dua anggota exco kerajaan negeri.