KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata satu pendekatan keselamatan siber yang holistik diperlukan merangkumi orang ramai, proses dan teknologi dalam usaha menangani isu serangan siber di negara ini.
Beliau berkata justeru, fokus hendaklah dialih daripada cuba mencegah serangan siber sepenuhnya kepada menyusun strategi serta meminimumkan impak apabila ia berlaku.
Katanya secara purata, Malaysia mencatat 84 juta serangan siber sehari pada suku keempat 2022.
Fahmi berkata serangan siber itu termasuk penipuan, taktik kejuruteraan sosial, pancingan data, perisian hasad/perisian tebusan, nafi khidmat dan pengintipan siber.
"Kerugian kewangan dan kerosakan reputasi yang disebabkan oleh Internet serta penipuan secara dalam talian, perisian tebusan dan kes peras ugut adalah besar.
"Adalah jelas bahawa tiada organisasi yang boleh mendakwa 100 peratus selamat dalam landskap ancaman yang semakin berkembang ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Surf's Up: A Digital Literacy and Online Safety di sini hari ini.
Beliau juga menggalakkan pengamal dan pengguna dalam talian untuk lebih bertanggungjawab dalam landskap siber yang semakin berkembang dengan mendidik diri sendiri serta mengguna pakai amalan digital yang selamat.
Fahmi dan timbalannya Teo Nie Ching turut menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Keselamatan Digital oleh TikTok dengan diketuai Content Forum yang membolehkan kedua-dua platform berganding bahu Mempertingkat keselamatan dalam talian.
Melalui ikrar itu, organisasi terbabit komited untuk mengutamakan kesejahteraan pengguna, melaksanakan dasar sederhana yang berkesan dan terus berusaha mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat.
"Ini adalah kali pertama platform seperti TikTok komited ke arah mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat dan saya harap platform media sosial lain akan mengikutinya.
"Dengan ini kita mampu menyelesaikan masalah seperti penipuan, berita palsu dan penyebaran maklumat tidak benar supaya kita boleh menjadi #SaferTogether," kata Fahmi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata satu pendekatan keselamatan siber yang holistik diperlukan merangkumi orang ramai, proses dan teknologi dalam usaha menangani isu serangan siber di negara ini. - Foto Facebook KKD

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PuTERA35 perlukan pendekatan, pemantauan lebih holisitk - Madeline
Dengan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat, terdapat risiko pertindihan dan persaingan yang boleh menjejaskan penggunaan sumber.

Pendekatan holistik perlu untuk pastikan kawasan luar bandar tidak ketinggalan - TPM
Kawasan desa dan luar bandar tidak harus ketinggalan dalam arus pembangunan, baik dari segi kesejahteraan penduduk dan ekonomi.

Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.

Pendekatan holistik diperlukan untuk tangani serangan siber - Fahmi
Menurut Fahmi, fokus hendaklah dialih daripada cuba mencegah serangan siber sepenuhnya kepada menyusun strategi serta meminimumkan impak apabila ia berlaku.

Kerajaan guna pendekatan holistik tangani miskin tegar - Mustapa
Pendekatan holisitik yang dimaksudkan merangkumi aspek kesihatan dan pendidikan.

Komuniti kewangan digesa tingkat tanggungjawab moral dalam perniagaan - BNM
Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour juga mengingatkan sektor kewangan untuk mengambil pendekatan holistik, prihatin dan realistik bagi membudayakan aspek profesionalisma dan etika.