Kementerian Pendidikan akan memeriksa dan melakukan pendawaian semula elektrik di sekolah menengah dan rendah yang berusia lebih 50 tahun di seluruh negara bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerja-kerja pendawaian semula itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula hujung tahun ini dengan keutamaan terhadap sekolah yang berusia lebih lama.
Katanya mengikut rekod kementerian kebanyakan daripada 10,176 buah sekolah rendah dan menengah di negara ini mempunyai bangunan induk yang berusia lebih 50 tahun.
"Banyak bangunan sekolah dibina selepas tahun 1960 dan selepas 10 hingga 20 tahun, mereka tambah bangunan baru, baiki sana sikit, sini sikit.
"Jadi kementerian bersetuju ada sekolah yang perlu dilakukan semula pendawaian elektrik kerana mengikut jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) pun, sesuatu bangunan itu perlu dilihat semula pendawaian elektriknya selepas tempoh 20 tahun kerana arus elektrik yang melaluinya sudah tidak sama," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kelab STEM ExxonMobil-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, dan Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang Datuk Rosdi Ismail.
Dalam masa yang sama, katanya, kementerian juga menyediakan sejumlah peruntukan untuk membaik pulih 1,800 buah makmal di sekolah menengah harian biasa bagi membolehkan ia dapat digunakan kembali untuk amali sains pelajar sekolah yang berkenaan.
Beliau berkata kos membaik pulih setiap makmal terlibat dijangka menelan belanja RM100,000 termasuk kos membeli peralatan makmal yang baharu.
"Reka bentuk makmal baharu ini telah ada dan kita jangka akan mula melaksanakan kerja membaik pulih makmal ini bermula pada awal tahun depan," katanya.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Mahdzir berkata penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran dalam bidang sains, teknologi dan matematik (STEM) masih rendah iaitu di bawah paras 40 peratus.
Sehuhubungan itu, katanya, selain pihak kementerian dan guru-guru, ibu bapa juga perlu turut sama memain peranan menyemai minat anak-anak mereka dalam bidang tersebut.
"Kita di peringkat kementerian sendiri turut mengalu-alukan sebarang usaha seperti yang dilakukan oleh ExxonMobil dan UKM untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam bidang STEM khususnys pelajar di luar bandar kerana ia memenuhi dasar sains dan teknologi negara," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kos membaik pulih setiap makmal terlibat dijangka menelan belanja RM100,000 termasuk kos membeli peralatan makmal yang baharu. - Gambar fail
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pusat beli-belah digesa sedia ruang membaca, perbanyak kedai buku
Pusat beli-belah digesa supaya menyediakan ruang membaca dan memperbanyakan kedai buku di dalam premis mereka bagi memenuhi minat dan keperluan pembaca.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
KPM laksana program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal GISB
Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal GISB yang sedang mendapat perlindungan.
Keputusan peperiksaan SPMU 2024 keluar 1 Oktober ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini.
KPM ambil alih pendidikan anak-anak GISB bermula 1 Oktober - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil alih urusan pendidikan anak-anak yang diselamatkan dari premis dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bermula 1 Oktober.
Banjir: Institusi pendidikan bawah KPM teruskan pembelajaran guna PdPR
Lima sekolah rendah dan satu sekolah menengah di Kedah masih dilanda banjir, manakala 36 institusi pendidikan di tiga negeri masih dijadikan PPS.
Ini bukan masanya untuk perkenal semula peperiksaan - CEO Untuk Malaysia
Ketika ini bukan masanya untuk memperkenalkan peperiksaan baharu bagi murid Darjah 6 dan Tingkatan 3.
Jangan jadikan anak murid sebagai bahan uji kaji, rombak semula peperiksaan - Zahid
Dasar pendidikan yang memansuhkan peperiksaan di tahun enam dan tingkatan tiga perlu dirombak dan disemak semula.
KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
KPM setuju 10 tuntutan dikemukakan kerajaan Sarawak bagi perkukuh pendidikan
KPM bersetuju sepenuhnya dengan 10 tuntutan dikemukakan kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan dalam usaha memperkukuhkan pendidikan di Sarawak.