PUTRAJAYA: Pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada 2022 meningkat 2.4 peratus setahun kepada RM8,479 berbanding RM7,901 yang dicatatkan pada 2019, demikian menurut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata laporan itu yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) menunjukkan pendapatan isi rumah penengah meningkat sederhana 2.5 peratus setahun pada 2022 kepada RM6,338 berbanding RM5,873 pada 2019.
"Nilai pendapatan ini mengambil kira purata saiz isi rumah sebanyak 3.8 orang dengan purata 1.8 orang penerima pendapatan," katanya ketika membentangkan hasil dapatan laporan itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata pendapatan isi rumah itu merangkumi pendapatan daripada pendapatan bergaji, bekerja sendiri serta pendapatan daripada pelaburan dan pindahan semasa diterima.
Mohd Uzir berkata antara negeri yang mencapai pendapatan penengah melebih paras nasional RM6,338 ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan pendapatan penengah RM10,234; Wilayah Persekutuan Putrajaya (RM10,056); Selangor (RM9,983); Wilayah Persekutuan Labuan (RM6,904), Johor (RM6,879) dan Pulau Pinang (RM6,502).
Bagi pendapatan purata isi rumah pula, antara negeri yang mencatatkan pendapatan purata melebihi paras nasional RM8,479 ialah Putrajaya dengan purata pendapatan RM13,473; Kuala Lumpur RM13,325; Selangor RM12,223 dan Johor RM8,517, katanya.
"Di Putrajaya, ia lebih centric dengan penjawat awam dan ia juga mula didiami pekerja swasta yang berpendapatan tinggi, jadi ia menyumbang kepada faktor pendapatan isi rumah yang tertinggi," katanya.
Mohd Uzir berkata selaras dengan cadangan kerajaan mengenai pendapatan boleh guna sebagai asas dalam kaedah pendekatan membantu rakyat, DOSM telah mengambil inisiatif dengan menganalisis dapatan survei itu dari sudut pendapatan boleh guna.
Beliau berkata pendapatan isi rumah boleh guna bulanan purata meningkat 1.7 peratus kepada RM7,111 pada 2022 berbanding RM6,764 pada 2019, manakala pendapatan isi rumah boleh guna penengah bulanan juga meningkat 1.9 peratus kepada RM5,413 pada 2022 berbanding RM5,116 pada tahun sebelumnya.
Dari segi corak agihan pendapatan, had pendapatan B40 yang merangkumi 3.16 juta isi rumah ialah RM5,249 pada 2022, kumpulan M40 pula merekodkan julat pendapatan antara RM5,250 hingga RM11,819, manakala sebanyak 1.58 juta isi rumah berada dalam kategori T20 dengan pendapatan melebihi RM11,820.
Mengenai analisis kemiskinan mutlak pula, Mohd Uzir berkata nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi 2022 meningkat kepada RM2,589 berbanding RM2,208 pada 2019.
Mengulas mengenai Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah, Mohd Uzir berkata secara purata isi rumah di Malaysia berbelanja RM5,150 sebulan pada 2022.
"Di samping pendapatan yang diterima oleh isi rumah, sebahagian perbelanjaan itu dibiayai oleh penerimaan bukan pendapatan seperti bantuan kerajaan dan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja," katanya.
Komposisi corak perbelanjaan isi rumah masih tertumpu kepada empat kumpulan perbelanjaan utama iaitu perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api sebanyak 23.2 peratus; kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (16.3 peratus); kumpulan restoran dan hotel (16.1 peratus); dan kumpulan pengangkutan (11.3 peratus), katanya.
Sementara itu, Rafizi ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyemak semula nilai PGK nasional dalam menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran, beliau berkata kerajaan akan mengambil kira nilai PGK yang dibentangkan DOSM dalam membangunkan bentuk-bentuk bantuan yang sewajarnya.
"Ada beberapa kaedah yang kita boleh pertimbang berbanding menggunakan pendekatan B40, M40 dan T20 kepada kaedah yang lebih menyeluruh, antaranya berdasarkan indeks pendapatan yang mengambil kira pendapatan keseluruhan satu isi rumah, perbelanjaan dan data PGK," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Mohd Uzir berkata pendapatan isi rumah itu merangkumi pendapatan daripada pendapatan bergaji, bekerja sendiri serta pendapatan daripada pelaburan dan pindahan semasa diterima. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun.
Semua mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti
Daripada jumlah mangsa yang ditemukan, 103 diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala selebihnya ditempatkan di bilik mayat sebelum dihantar kepada waris.
SynBorneo Sustainable Farm cipta persekitaran biodiversiti lestari
SynBorneo Sustainable Farm di Lahad Datu telah menghasilkan transformasi amalan pertanian di Sabah dengan pendekatan pertanian sintropik sejak tahun 2023.
Kedudukan Sarawak di garis khatulistiwa jadi lokasi strategik
Kedudukan Sarawak yang terletak di garis khatulistiwa menjadikannya lokasi strategik untuk projek Aeroangkasa.
Bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Pihak Polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden rumah runtuh Jalan Stampin Baru, di Kuching yang menyebabkan kematian seorang lelaki awal pagi Sabtu.
Zaidatul optimis KOM mampu selesaikan isu rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli optimis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mampu menyelesaikan isu rekod kebangsaan diciptanya yang masih belum mendapat pengiktirafan Olahraga Dunia (WA).
Operasi mangsa jatuh tongkang ditangguh ekoran cuaca buruk
Operasi carilamat seorang warga emas yang terjatuh ke laut dari sebuah tongkang, Linau 27 di Perairan Muara Rejang memasuki hari ke-empat.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Bersama pertahan semangat setiakawan, harmoni pelbagai kaum
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak mempertahankan keharmonian dan semangat setiakawan di negeri ini yang menjadi teladan perpaduan di Malaysia.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.
Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.
Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September.
Inflasi November 2024 naik 1.8 peratus, harga ayam naik 50 sen
Purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram.
Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 - DOSM
NDKIP di Sabah merekodkan RM13.1 bilion pada 2023, disokong aktiviti perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1 peratus pada 2023
Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus.
Pneumonia sebab kematian utama pada 2023 - DOSM
Pneumonia mengatasi penyakit jantung iskemik sebagai sebab kematian utama buat kali pertama dalam dua dekad, kecuali pada 2021 berikutan wabak COVID-19.
DOSM rai 75 tahun perkhidmatan statistik bersama rakyat
Sambutan ulang tahun ini melambangkan pencapaian penting sepanjang tiga suku abad DOSM berkhidmat kepada negara, menyajikan statistik yang mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat.