Pendakwah harus mengelak bercakaran sesama sendiri semata-mata untuk mempertahankan pendapat masing-masing sebaliknya menggunakan pengetahuan agama dan kebijaksanaan untuk menyatukan umat Islam.
Pendakwah yang tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia, Ustaz Nouman Ali Khan berkata kumpulan pendakwah yang bertentangan pendapat dalam menyampaikan ajaran Islam bukan perkara baharu.
"Janganlah lihat kepada umat Islam tetapi lihat pada ajaran Islam yang indah dalam mencari kebenaran," katanya ketika menjawab soalan hadirin pada sesi ceramah beliau di Hotel Seri Malaysia di sini, malam tadi.
Ceramah kira-kira sejam oleh pendakwah dari Dallas, Amerika Syarikat itu disampaikan dalam bahasa Inggeris, diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh jurubahasa.
Nouman berada di Perlis bagi kali kedua untuk memberi ceramah bersempena Fiesta Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berakhir malam tadi.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir.
Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Mufti Perlis itu turut dihadiri kira-kira 100 orang pendakwah dari luar Perlis.
Nouman berkata badan bukan kerajaan (NGO) Islam wajar memainkan peranan menyatukan pendakwah-pendakwah yang bergerak atas pelbagai platfom.
"Hari ini agama menjadi industri dengan pasaran yang penuh dengan persaingan sengit termasuk bagi mencari pengaruh. Jadi, kita tidak boleh biarkan propaganda jahat yang anti-Islam mengambil kesempatan," katanya.
Nouman berkata golongan elit intelektual tertarik kepada kebijaksanaan atau hikmah manakala majoriti memerlukan nasihat yang baik atau maw'izah.
"Kedua-dua golongan ini hendaklah dihadapi dengan pendekatan berbeza dan cara baik. Dakwah bukan kaku kerana setiap kumpulan ada cara penyelesaian masing-masing," tambahnya.
Nouman turut mempersembahkan buku karangan beliau bersama Sharif Randhawa berjudul 'Divine Speech - Exploring The Quran As Literature' kepada Raja Perlis dan Raja Muda Perlis pada akhir ceramahnya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) berkenan bersalaman dengan Nouman Ali Khan (kiri) selepas Majlis Ceramah Akademik "Study of Surah al-Baqarah" di Kampus UniMAP Pauh Putra semalam. - fotoBERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Pendakwah harus elak bercakaran, guna pengetahuan satukan umat Islam - Ustaz Nouman
Kumpulan pendakwah yang bertentangan pendapat dalam menyampaikan ajaran Islam bukan perkara baharu.