ALOR SETAR: Pendakwah bebas, Datuk Ahmad Husam Muhamad Baderudin mengesahkan telah memberi keterangan kepada polis berhubung laporan polis yang dibuat oleh bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zamil Ibrahim.
Ahmad Husam memaklumkan, beliau bersama peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuala Muda pada petang Jumaat.
“Saya hadir ke IPD Kuala Muda sekitar 4 petang dan diambil keterangan berhubung laporan polis oleh Zamil ke atas saya. Saya beri kerjasama sepenuhnya kepada polis,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Beliau tegaskan, semua bukti yang diperlukan diserahkan kepada polis dan tiada keperluan mendedahkan secara terbuka.
“Kes ini masih dalam proses siasatan, saya tidak mahu mendahului proses perundangan.
“Satu lagi proses perundangan sedang berjalan, semua pihak akan memahami apa motif tekanan yang dibuat terhadap saya bila tiba masanya nanti,” ujarnya.
Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penularan gambar Zamil yang mengaibkan dan tular di laman sosial Facebook dan TikTok.
Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat laporan polis dibuat Zamil yang mendakwa gambar dirinya memakai boxer diambil secara curi oleh individu tertentu sebagai cubaan mengaibkan dirinya.
Dalam pada itu, Ahmad Husam menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya dan mohon agar siasatan dilakukan terhadap video dimuat naik Zamil yang jelas memfitnah bagi menjejaskan imej dirinya dan keluarga.
“Pada Rabu, video berkenaan tular di media sosial dan Zamil membuat tuduhan itu dengan menyebut nama saya dengan jelas.
“Menerusi video tersebut, Zamil menuduh saya sebagai penangkap gambar beliau yang tular itu namun dia gagal buktikan bahawa saya yang merakam gambar tersebut menggunakan telefon bimbit saya,” ujarnya lagi.
Menurutnya, ia merupakan tuduhan melampau kerana mengaitkan kejadian yang berlaku tiga tahun lalu dengan kes berkenaan.
“Ingin saya jelaskan kekeliruan. Menerusi video berkenaan juga, Zamil menunjukkan gambar saya berdiri dalam bilik yang didakwa ada bersama beliau ketika itu. Sedangkan gambar saya itu diambil daripada Facebook rasmi saya yang dimuat naik pada Disember 2020,” jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 17 2023
![Pendakwah bebas sahkan sudah beri keterangan kepada polis Pendakwah bebas sahkan sudah beri keterangan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702806406_TBPENDAKWAH.jpg)
Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Ahmad Husam
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739091148_SirajuddinSuhaimee.jpg)
JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi
JAKIM menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah.
![Siasatan dakwaan Firdaus Wong diugut dirujuk ke Bukit Aman Siasatan dakwaan Firdaus Wong diugut dirujuk ke Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711618893_tbFirdausWong.jpg)
Siasatan dakwaan Firdaus Wong diugut dirujuk ke Bukit Aman
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan berkenaan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.
![Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas? Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709134855_EbitLewkedaitutu.jpg)
Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?
Tinjauan di laman sesawang rasmi Elews Mart mendapati tiada notis dikongsikan di dalamnya.
![Pendakwah bebas saman empat individu termasuk pegawai khas Najib Pendakwah bebas saman empat individu termasuk pegawai khas Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703693930_Pendakwahbebas.jpg)
Pendakwah bebas saman empat individu termasuk pegawai khas Najib
Pendakwah bebas, Datuk Ahmad Husam Muhamad Baderudin telah mengemukakan saman terhadap empat individu termasuk pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
!['Itu kan cerita, jangan haramkan dulu' - Fizz Fairuz komen isu filem Mat Tudung Begins 'Itu kan cerita, jangan haramkan dulu' - Fizz Fairuz komen isu filem Mat Tudung Begins](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688803027_FizzFairuz.jpg)
'Itu kan cerita, jangan haramkan dulu' - Fizz Fairuz komen isu filem Mat Tudung Begins
Jelas Fizz, PU Syed tidak sepatutnya membuat sebarang persepsi negatif berhubung filem ini sebaiknya menonton terlebih dahulu untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar.
![Ustaz Wadi perjelas isu mengajar tanpa tauliah di Perlis Ustaz Wadi perjelas isu mengajar tanpa tauliah di Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/51515118398_UstazWadi.jpg)
Ustaz Wadi perjelas isu mengajar tanpa tauliah di Perlis
Menurut Ustaz Wadi, beliau juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs berhubung permohonan tauliah tersebut sebelum ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
![Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu sama ada pengadu kongsi gambar lucah Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu sama ada pengadu kongsi gambar lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671611481_firdauswong.jpg)
Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu sama ada pengadu kongsi gambar lucah
Kali pertama Firdus Wong lihat gambar payudara itu ialah hari ini.
!['Saya tertekan, sukar tidur malam' - Firdaus Wong 'Saya tertekan, sukar tidur malam' - Firdaus Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671536319_TBFIRDAUSWONG.jpg)
'Saya tertekan, sukar tidur malam' - Firdaus Wong
Mesej dan gambar kemaluan lelaki yang diterima sering berlegar di minda.
![Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671521798_TBFIRDAUSWONG.jpg)
Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi
Terdapat juga pesanan bertulis menerusi Whatsapp yang berbunyi 'minta husband you ceraikan you, I bayar you.'
![Kes gangguan seksual, Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom Kes gangguan seksual, Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671502702_PendakwahbebasEbit.jpg)
Kes gangguan seksual, Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom
Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim, 37, dijadual menghadiri prosiding tersebut bermula hari ini sehingga 22 Disember.