KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, bahawa pendakwaan terhadap beliau adalah bermotifkan politik dendam.
Syed Saddiq, 30, berkata, keterangan yang memihak kepada beliau disembunyikan oleh pendakwaan dan rakan-rakannya turut diugut supaya memberi kenyataan yang diinginkan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Hal berkaitan ugutan itu terhenti apabila seorang daripada rakan saya, Siti Nurul Hidayah, membuat kenyataan media menyatakan beliau diugut dan dikasari pegawai SPRM semasa proses soal siasat serta rakan lain yang terlibat dalam siasatan itu turut memfailkan laporan polis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu berkata, beliau menulis surat kepada Tan Sri Abu Kassim, yang merupakan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional ketika itu, bertarikh 5 Jun 2020 mengenai ugutan dan kekasaran terhadap rakan-rakannya.
"Saya juga ada membuat aduan secara bersemuka dengan pihak polis. Saya dimaklumkan bahawa pihak berkuasa akan meneliti dan menyiasat perkara ini tetapi tiada sebarang perkembangan selepas pertemuan tersebut," katanya.
Peguam Haijan Omar, yang mewakili Syed Saddiq, turut merujuk anak guamnya itu dengan transkrip rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan antara beliau dengan seorang pegawai kanan SPRM dikenali sebagai Ihsan.
Dalam transkrip itu, Ihsan dikatakan cuba memujuk Syed Saddiq supaya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bekas Perdana Menteri tersebut yang membawa beliau memasuki Bersatu masih mengambil berat terhadapnya.
Rakaman itu turut menyaksikan Ihsan memaklumkan Syed Saddiq bahawa SPRM menjadi 'alat' apabila berlaku pertukaran kerajaan.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, sama ada Syed Saddiq boleh memastikan suara dalam audio itu adalah Ihsan, tertuduh berkata, beliau boleh berbuat demikian.
Syed Saddiq juga berkata, kutipan dana berjumlah RM120,000 yang dimasukkan ke akaun Maybank bekas Menteri Belia dan Sukan itu adalah milik beliau dan bukan untuk Armada atau Bersatu.
Beliau berkata, dana yang diperoleh daripada Majlis Makan Amal Muo di Muar dan Fund-raising Battle for Johor di Ampang, Selangor pada 7 April dan 8 April 2018 adalah bagi menampung perbelanjaan kempen sebagai calon Ahli Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan beliau tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada Armada atau Bersatu untuk penganjuran kedua-dua majlis.
Menurut Syed Saddiq, sepanjang tempoh berkempen bagi PRU14, beliau membelanjakan RM171,675 dengan RM120,000 daripada jumlah itu diambil kira sebagai wang diperoleh daripada majlis meraih dana tersebut.
"Oleh itu, wang RM120,000 dalam akaun Maybank saya menjadi duit peribadi saya sendiri kerana wang daripada program majlis meraih dana tersebut telah saya gantikan dengan dana simpanan saya yang telah dibelanjakan untuk kempen peribadi saya semasa PRU14," katanya.
Anak kelahiran Johor Bahru itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Presiden MUDA itu juga didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, bahawa pendakwaan terhadap beliau adalah bermotifkan politik dendam. - Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam - Syed Saddiq
Kata Syed Saddiq, keterangan yang memihak kepadanya disembunyikan oleh pendakwaan dan rakan-rakannya turut diugut.

Tidak pernah arah keluar wang RM1 juta dari akaun Armada - Syed Saddiq
Dakwaa beliau mengarahkan pengeluaran wang itu dari akaun Armada suatu pembohongan semata-mata, kata Syed Saddiq.

Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.

Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie
Pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.

Syed Saddiq tak maklum senarai perbelanjaan kempen PRU14 - Pegawai penyiasat
Syed Saddiq memberitahu pegawai penyiasat supaya merujuk dokumen perbelanjaan itu kepada individu yang urus kewangan peribadinya.

Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok
Pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13.

JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...

Pecah amanah, salah guna wang: Syed Saddiq selesai bayar baki wang jaminan RM250,000
Syed Saddiq yang menghadapi pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM250,000.