PUTRAJAYA: Tidak wujud ketidakadilan terhadap bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram kerana pihak pendakwaan akan memastikan beliau mendapat perbicaraan yang adil, Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Aslinda Ahad berhujah pihak pendakwaan akan memanggil saksi dan akan membuktikan kes itu berdasarkan keterangan dan saksi pendakwaan juga akan tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh peguam Abdul Azeez.
Beliau berkata tidak wujud ketidakadilan atau prejudis terhadap Abdul Azeez di mana-mana peringkat kerana beliau tidak dinafikan untuk mendapat perbicaraan yang adil. "Pendakwa raya akan pastikan satu perbicaraan yang adil akan dijalankan terhadap perayu," katanya.
Aslinda berhujah dalam rayuan yang dikemukakan oleh Abdul Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau pada 12 Mac lepas untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta yang mempunyai kaitan dengan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.
Beliau berkata pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Abdul Azeez tidak cacat.
Aslinda berkata tidak perlu dinyatakan dalam kertas pertuduhan apakah aktiviti haram yang dihadapi Abdul Azeez berhubung pertuduhan pengubahan wang haram.
Beliau berkata pertuduhan pengubahan wang haram itu boleh bertahan sambil menambah pihak pendakwaan melalui keterangan saksi akan menjelaskan apakah aktiviti yang menyalahi undang-undang itu.
Mengenai pertuduhan rasuah terhadap Abdul Azeez, Aslinda berkata dia menghadapi tuduhan rasuah dan pengubahan wang tunai untuk empat projek.
Sementara itu, Abdul Azeez yang diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dalam jawapannya berkata anak guamnya adalah mangsa pendakwaan politik dan keseluruhan perbicaraan tidak boleh dibenarkan untuk diteruskan kerana ia adalah tidak adil bagi beliau.
Beliau berkata perincian pertuduhan tidak dipenuhi iaitu kekurangan butiran dan menambah bahawa mahkamah tidak boleh membenarkan pertuduhan itu bertahan.
Bagi pertuduhan rasuah, Abdul Azeez, 55, didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan Affin Bank, Puchong City Centre, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Di akhir pendengaran rayuan itu, Amer Hamzah berkata beliau menerima arahan daripada anak guamnya yang memohon kebenaran mahkamah secara peribadi untuk bercakap.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata berdasarkan pertuduhan itu, Abdul Azeez adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, jadi tidak perlu memberi penjelasan sambil menambah adalah lebih baik untuk tidak bersuara pada ketika ini.
Selepas pihak pembelaan dan pendakwaan selesai berhujah, Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, menangguhkan keputusan ke tarikh yang ditetapkan kemudian.
Pada 6 Sept lepas mahkamah telah mendengar rayuan itu dan hari ini ditetapkan untuk menyambung pendengaran rayuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021

Bekas Pengerusi Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) selepas mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.

Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.

Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.

Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.

Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.