Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro mempunyai tempoh sehingga 15 Mei ini untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara dalam talian bagi mendapatkan kemudahan Geran Khas Prihatin (GKP).
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata seramai 700,000 PKS mikro dianggarkan menerima geran yang setiap satunya sebanyak RM3,000 untuk entiti perniagaan berdaftar dan berlesen.
"Geran ini bertujuan meringankan beban PKS mikro yang terjejas teruk akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penyebaran pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan negara dan dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata PKS mikro yang layak membabitkan jumlah perolehan purata RM25,000 atau sekitar RM300,000 ke bawah setahun.
"Selain daripada itu PKS mikro tersebut mestilah masih aktif dengan aktiviti perniagaan dan memiliki sekurang-kurangnya lima pekerja tidak termasuk pemilik perniagaan," katanya.
Abdul Rahim berkata usaha itu akan menyaksikan kerajaan berbelanja sebanyak RM2.1 bilion jika kesemua 700,000 PKS mikro mendaftar dan memenuhi kriteria ditetapkan.
Menurutnya, jumlah itu cukup besar dan memadai untuk membantu menggerakkan ekonomi di peringkat bawahan yang merupakan nadi ekonomi golongan B40.
"Dalam keadaan kita berdepan suasana yang genting ini (bukan setakat mengalami darurat kesihatan tetapi juga darurat ekonomi ) namun hakikatnya kita mampu menghadapinya dengan tuntas.
"Sumbangan Petronas dan (hasil) dividen GLC kerajaan telah menolong dari segi bantuan kepada rakyat yang terjejas melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berjumlah sekitar RM10 bilion dah GKP bernilai RM2.1 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020
PKS mikro yang layak membabitkan jumlah perolehan purata RM25,000 atau sekitar RM300,000 ke bawah setahun. Gambar fail
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendaftaran PKS mikro untuk GKP sehingga 15 Mei - Abdul Rahim
PKS mikro mempunyai tempoh sehingga 15 Mei ini untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara dalam talian bagi mendapatkan kemudahan Geran Khas Prihatin (GKP).