PUTRAJAYA: Pendaftaran calon bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2022 dan Anugerah Juruteknik (Sains) Negara 2022 telah dibuka secara dalam talian, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
MOSTI berkata Anugerah Saintis Muda Negara yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Sains Hayat dan Sains Fizikal adalah terbuka kepada saintis warganegara Malaysia di bawah umur 35 tahun.
"Saintis perlu menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan di pusat penyelidikan dan institusi pengajian awam atau swasta di Malaysia," kata MOSTI dalam kenyataan hari ini.
Anugerah Juruteknik (Sains) Negara 2022 adalah terbuka kepada juruteknik (sains) warganegara Malaysia dan semi profesional seperti juruteknik atau pembantu makmal serta kakitangan separa ikhtisas yang berkaitan dengan sains dan teknologi, dan mereka juga perlu menjalankan projek penyelidikan di pusat penyelidikan awam atau institusi swasta di Malaysia.
Pemenang Anugerah Saintis Muda Negara 2022 akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000 plak, sijil penghargaan dan geran penyelidikan MOSTI bernilai sehingga RM1 juta untuk setiap kategori, manakala pemenang Anugerah Juruteknik (Sains) Negara akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000, plak dan sijil penghargaan.
Pendaftaran calon bagi kedua-dua anugerah tersebut boleh dibuat menerusi pautan https://www.mosti.gov.my/pengumuman-bergambar/anugerah-saintis-muda/.
"Inisiatif penganjuran anugerah dan pengiktirafan ini merupakan satu langkah positif dalam mendorong saintis muda agar tampil dengan hasil penyelidikan masing-masing yang berpotensi untuk diketengahkan," kata MOSTI.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 10 2022
MOSTI berkata Anugerah Saintis Muda Negara yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Sains Hayat dan Sains Fizikal adalah terbuka kepada saintis warganegara Malaysia di bawah umur 35 tahun. - Gambar hiasan
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Pendaftaran calon anugerah saintis, juruteknik sains dibuka - MOSTI
Pendaftaran calon bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2022 dan Anugerah Juruteknik (Sains) Negara 2022 telah dibuka secara dalam talian, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).