Pihak yang bertanggungjawab menceroboh Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di Sungai Buloh akan dikenakan tindakan, tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kerajaan akan mengambil tindakan bagi mengelak kawasan itu dari terus dicerobohi.
"Kita kena ambil balik. Orang ini (penceroboh) tahu kawasan itu dia tak boleh masuk - haram, bukan milik dia, tetapi buat juga.
"Bila kita bertindak dia marah tetapi dia yang pecah (langgar) undang-undang. Kita nak betulkan undang-undang kita dengan the rule of law (kedaulatan undang-undang), ... bila buat salah kita kenakan tindakan," kata Tun Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk sempena majlis korban di Masjid Al Huda, Padang Matsirat di sini hari ini.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah harian nasional hari ini mengenai tanah kerajaan di PKKN diceroboh dengan perusahaan penanaman rumput dan nurseri.
PKKN terletak 25 km dari Kuala Lumpur, dibuka oleh Kerajaan British pada 1930 sebagai tempat mengasing dan merawat pesakit kusta (leprosy) pada tempoh awal tercetusnya penyakit itu.
Ia dikatakan pusat leprosy kedua terbesar di dunia pada ketika itu.
Pada masa kemuncak terdapat 2,000 pesakit atau penduduk di situ.
Kini terdapat hanya 200 orang yang masih tinggal di situ. Yang lain telah meninggal dan ada yang berpindah keluar.
Yang masih di situ mengusahakan tanaman rumput dan nurseri untuk menyara kehidupan.
Pada 2011, kawasan ini diisytihar sebuah Warisan Negara, dan sebuah muzium dirancang di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 12 2019

TUN MAHATHIR: "Kita kena ambil balik. Orang ini (penceroboh) tahu kawasan itu dia tak boleh masuk - haram, bukan milik dia, tetapi buat juga." - Foto Astro AWANI

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.

Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami
Tindakan itu dibuat selepas Sheikh Hasina mempersalahkan Parti Jamaat-e-Islami dan BNP terhadap keganasan.

Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.

Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.

Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.

Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.

33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.

Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.