Pengasas program pemulihan bagi pesalah seks dari United Kingdom (UK), Donald Findlater akan berkongsi pengalaman beliau dalam seminar 'Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak.'
Findlater merupakan antara penceramah dalam seminar tersebut yang akan diadakan selama dua hari bermula 13 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Menurut laman Facebook Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak, Findlater juga merupakan individu yang memulakan kempen jenayah seksual kanak-kanak termasuk talian bantuan bagi orang yang memerlukan nasihat untuk menangani pemikiran atau tingkah laku seksual mereka.
"Projek semasa beliau adalah satu perkakasan online bagi pencegahan jenayah seksual kanak-kanak," jelas laman seminar itu.
Selain mengasaskan program itu sejak tahun 2002, Findlater turut menubuhkan klinik Wolvercote yang merupakan pusat rawatan untuk lelaki yang disabitkan dengan jenayah seksual kanak-kanak.
BACA: Ibu bapa harus dengar aduan kanak-kanak - Dr Zahilah
BACA: Pendidikan seks patut jadi 'vaksin' kepada masalah pedofilia
Sebelum ini, negara digemparkan dengan Huckle, warganegara British yang dijatuhi 23 hukuman penjara seumur hidup (berjalan serentak) oleh mahkamah United Kingdom, selepas mengaku bersalah terhadap 71 kes penderaan seksual kanak-kanak.
Dia dipercayai terlibat mendera 200 kanak-kanak, terutamanya masyarakat miskin di Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, laman itu menjelaskan, seminar itu juga akan menampilkan dua penceramah wanita yang turut mementingkan aspek keselamatan kanak-kanak.
"Madeleine Yong telah menubuhkan P. S. The Children, sebuah NGO bagi perlindungan hak kanak-kanak. Beliau juga terlibat dalam penubuhan Childline Malaysia, Child Rights Coalition Malaysia dan telah melaksanakan kajian dalam jenayah seksual kanak-kanak.
"Beliau juga sebahagian daripada jawatankuasa pelaksana teknikal bagi dasar melibatkan kanak-kanak," jelas laman itu lagi.
Paparan video 'Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual kanak-Kanak: Hentikan' yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13-14 Mac 2017. - Sumber YouTube PERMATA Programme
Seorang lagi penceramah iaitu Maryam Zainol yang merupakan wartawan R.AGE, platform media berita yang menerbitkan Predator In My Phone, siri dokumentari mengenai gejala jenayah seksual kanak-kanak secara atas talian.
"Bersama-sama pasukannya di R.AGE, beliau telah juga melobi ahli-ahli Parlimen Malaysia untuk menyokong undang-undang mencegah jenayah asuhan seksual (sexual grooming)," jelas laman itu.
Astro Awani
Tue Mar 07 2017
Donald Findlater akan berkongsi pengalaman beliau dalam seminar 'Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak.' - Gambar Facebook - @hentikanmy
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Jumlah mangsa banjir melebihi 2,000 orang, 11 PPS dibuka
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 2,180 orang mangsa daripada 385 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat.
PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.
Meteorit Marikh ditemukan di Antartika dipamerkan di Ekspo Osaka 2025
Ditemukan pada 2000, meteorit itu telah tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.
KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF
Perbincangan dengan syarikat Salik yang telah melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.
Penceramah dari UK akan berkongsi pengalaman pesalah seks
Pengasas program pemulihan bagi pesalah seks dari United Kingdom (UK), Donald Findlater akan berkongsi pengalaman beliau dalam seminar 'Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak.'