Seorang penceramah bebas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga ahli keluarganya. Bagaimanapun tertuduh yang berusia 61 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia lima tahun sembilan bulan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 4 Mac hingga 6 Mac lalu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Selain itu mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran selain tidak dibenarkan menganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili Mohd Ridzuan Muhamad.AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
Bekas penceramah bebas tak mengaku tuduhan pindaan menyamar peguam Bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pindaan menyamar sebagai peguam berkelayakan dengan menipu mangsa di Seremban.
Wan Ji gagal rujuk isu perlembagaan berhubung tuduhan hasutan ke Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan menolak permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu perlembagaan membabitkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.
Penceramah didakwa buat hantaran jelik terhadap Agong Penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi kumpulan WhatsApp, tahun lalu.
Pemilik syarikat didenda RM200,000 palsukan dokumen Penjana 2.0 Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd Azmi Mat Sah, 55, selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan.
Zakir Naik dilapor ditahan di Oman, dihantar pulang ke India Agensi-agensi risikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir ketika lawatannya ke Oman pada Khamis.
Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang UAI dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak Selasa lalu.
Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.
Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.
Penceramah bebas didakwa lagi atas tuduhan rogol remaja Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel, antara 2 pagi hingga 10 pagi, 3 Disember 2021.
Penceramah bebas didakwa sembilan pertuduhan rogol, amang seksual Suami kepada tiga isteri itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.