PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu perlembagaan membabitkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suarat membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan selaku responden terhadap permohonan yang dikemukakan Wan Ji, 41.
Hakim Vazeer Alam dalam penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan bantahan awal yang dibangkitkan responden bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.
"Apa-apa persoalan undang-undang boleh diutarakan semasa pendengaran rayuan dalam kes ini kelak. Oleh itu, permohonan dalam notis usul (Wan Ji) ditolak," kata Hakim Vazeer Alam yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.
Terdahulu, peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Wan Ji memohon agar mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling membantah permohonan itu atas alasan Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan, namun tiada bidang kuasa untuk merujuk persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.
"Persoalan undang-undang juga tidak dibangkitkan (perayu) di peringkat Mahkamah Tinggi mahupun permohonan untuk merujuknya ke Mahkamah Persekutuan," katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Sept ini untuk mendengar rayuan Wan Ji terhadap hukuman penjara setahun yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Julai 2019 selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menambah hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018.
Bagaimanapun, mahkamah itu membenarkan permohonan Wan Ji untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara setahun sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai.
Wan Ji didapati bersalah atas dakwaan menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook dengan nama wanji.attaaduddi di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini pada 10 pagi, 5 Nov 2012.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023

Wan Ji sebelum ini didapati bersalah atas dakwaan menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Wan Ji gagal rujuk isu perlembagaan berhubung tuduhan hasutan ke Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan menolak permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu perlembagaan membabitkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.

Wan Ji disyaki sebar fitnah dakwa dipukul dalam penjara
Pendakwah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin kini berhadapan siasatan polis kerana disyaki menyebarkan fitnah dengan mendakwa dirinya dipukul semasa berada dalam penjara.

Mohon tangguh bagi kes hukuman penjara setahun amalan biasa - Syahredzan
Tempoh rayuan akan didengar mungkin memakan masa beberapa bulan atau lebih setahunselepas hukuman dijatuhkan.

Kes Wan Ji: Kaji semula kes hasutan jika ada representasi - Peguam Negara
Jabatan hanya boleh bertindak berdasarkan representasi bertulis yang diterima daripada tertuduh atau peguam belanya.

PH tidak komited mansuh akta drakonian - Bersih 2.0
Pakatan Harapan dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk menghapuskan Akta Hasutan ini dan menegakkan kebebasan bersuara sebagaimana termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Rayuan ditolak, hukuman penjara 9 bulan Wan Ji dipinda kepada setahun
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

Wan Ji dipenjara sembilan bulan kerana menghasut
Seorang penceramah bebas dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor.

'Ada guru madrasah tempatan tiru budaya pembelajaran Pakistan' - Penceramah bebas
Seorang pendakwah Islam, Wan Ji Wan Hussin berkata, kaedah agak keras seperti merotan dan memukul semenangnya diamalkan di sesetengah madrasah luar negara.

Penceramah bebas Wan Ji ditahan Jais kerana didakwa beri ceramah tanpa tauliah
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 33 ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Selangor) kira-kira jam 9.45 malam tadi atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah.

Pendakwah Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah Akta Hasutan
Seorang pendakwah Islam, Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan awal pagi tadi di bawah Akta Hasutan.