KUALA SELANGOR:Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Selangor yang direkodkan sejak pagi Isnin.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sampel pencemaran mempunyai bau larutan (solvent) sama seperti kes pencemaran sebelum ini.
"Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor dan JAS telah mengenal pasti punca pencemaran bau.
"Untuk makluman, siasatan awal pakar Air Selangor telah dapat mengesan bau seperti sebelum ini iaitu solvent (pelarut) tetapi siasatan masih dijalankan. Kajian awal mendapati ia berbau solvent," jelasnya.
Menurutnya lagi, ketika ini pihak LUAS sedang melakukan proses selanjutnya bagi meningkatkan kadar pencairan di Sungai Selangor.
"Untuk maklumat, pihak JAS telah membuat penyiasatan terhadap punca, masih dalam siasatan, kita dapat sampel dihantar ke makmal.
"Hampir semua insiden penutupan LRA disebabkan oleh pencemaran bau. Punca pencemaran masih dalam siasatan," katanya dalam sidang media ketika membuat lawatan di Muka Sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 pada Isnin.
Turut hadir, Exco Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian.
Fareez Azman
Mon Oct 19 2020
Ketika ini pihak LUAS sedang melakukan proses selanjutnya bagi meningkatkan kadar pencairan di Sungai Selangor. - Gambar fail/Astro AWANI
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Pencemaran Sungai Selangor: Tamat kontrak, penalti jika betul cuai - KSSB
KSSB masih menunggu keputusan daripada pihak polis berkenaan siasatan terhadap pencemaran Sungai Selangor.