Minggu lalu sebahagian pengguna di Wilayah Petaling,Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ia berikutan pengurangan bekalan air terawat oleh loji rawatan air Sungai Semenyih.

Pengurangan berpunca kewujudan manganese dan ammonia yang mencatat tahap keasidan yang rendah dan melebihi piawaian.

Menurut Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal-Ehwal Awam, (Syabas), Priscilla Alfred, kesemua wilayah terlibat telah pulih sepenuhnya pada Khamis.

Katanya operasi rawatan air di loji tersebut diketuai Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bersama Syarikat Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass).

Pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan dengan menutup operasi kilang yang dipercayai mengalirkan sisa buangan tersebut ke Sungai Semenyih.

Luas dan JAS akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha industri sekiranya didapati menyumbang kepada pencemaran di masa akan datang.