KUALA LUMPUR: Bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna bermula pada jam 6.30 pagi Ahad.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Rantau Panjang serta LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 telah beroperasi.

Kesemua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di sauk LRA Rantau Panjang, Kuala Selangor malam tadi.


Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.