Misi pencarian MH370 diteruskan tanpa henti.

Pasukan kumpulan penyelamat dan penyiasat Fugro Discovery yang dibiayai bersama oleh Malaysia dan Australia untuk meneruskan pencarian di selatan Lautan Hindi dijangka akan menghadapi cabaran dengan lokasi pencarian yang berubah-ubah dan berdasarkan permukaan serta dasar laut itu.

Namun, pemilihan dan kredibiliti Fugro yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia diyakini boleh mendatangkan hasil dengan pemilikan aset moden serta terkini oleh semua cawangan Fugro.

Berikut rakaman temubual bersama Prof Mohd Razali Mahmud, Profesor Hidrologi, Fakulti Ukur dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia dalam Analisis AWANI.