Menamakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor merupakan satu cadangan yang baik kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin.
Dr Shaharuddin berkata jika Pakatan Rakyat mahu mewujudkan satu gabungan yang kuat dan disegani kerana kesefahamannya, perkara tersebut sepatutnya dilakukan.
Katanya, Barisan Nasional (BN) telah membuktikan kekuatan gabungan mereka dengan memberikan kerusi kepada parti komponen di kawasan yang mana UMNO kuat.
"Cadangan supaya Mat Sabu dipilih mewakili Pakatan Rakyat di Bukit Gelugor merupakan satu cadangan yang baik dan sepatutnya telah lama dilaksanakan.
"Untuk mewujudkan satu gabungan yang kuat dan membuktikan kepada rakyat bahawa mereka (Pakatan Rakyat) serius terhadap penggabungan ini, mereka perlu korbankan kerusi kepada rakan dalam gabungan itu.
"Perlu ada persefahaman, tidak boleh untungkan satu pihak sahaja, kalau DAP korbankan kerusi mereka, PAS juga perlu bersedia korbankan kerusi mereka di Kelantan contohnya kepada DAP dalam PRU14.
"Yang penting ialah mereka perlu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat ini satu gabungan yang mantap dan tidak lagi terikat dengan parti itu perlu bertanding kawasan ini atau parti ini perlu bertanding di kawasan itu," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, dengan majoriti yang besar diperolehi DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, mencalonkan Mohamad tidak akan mengurangkan majoriti.
Malah beliau berpendapat, ia sedikit sebanyak boleh membuatkan usaha untuk mengeruhkan hubungan antara DAP dan PAS menggunakan isu hudud boleh terjejas.
"Sebelum ini, mendiang Karpal Singh menang dengan majoriti besar, 42,706 undi, kalau letak Mat Sabu ia tidak akan membuatkan lawan Pakatan Rakyat boleh merampas kerusi tersebut.
"Kalau berlaku penurunan pun ia tidaklah besar, mungkin cuma beberapa peratus sahaja dan tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dan DAP," katanya.
Dr Shaharuddin berkata pemimpin utama Pakatan Rakyat perlu melihat cadangan yang dikemukan supaya meletakkan timbalan presiden PAS itu sebagai satu usaha untuk memantapkan lagi gabungan tersebut di mata rakyat.
Katanya, sehingga kini, gabungan tersebut masih dilihat tidak benar-benar kukuh malah ada di kalangan rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu meragui kesefahaman gabungan tersebut.
"Ini mungkin masa terbaik untuk mereka membuktikan kepada rakyat, Pakatan Rakyat satu gabungan yang serius," katanya lagi.
Pada Isnin, aktivis Pakatan Rakyat, Hishamuddin Rais mencadangkan agar DAP meletakkan Mohamad sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei nanti.
Kata Hishamuddin, meletakkan Mohamad sebagai calon di Bukit Gelugor boleh memberi makna baru terhadap kerjasama dalam gabungan tersebut.
Mohamad bagaimanapun menganggap cadangan Hishamuddin itu mustahil untuk dilaksanakan biarpun ia satu yang baik.
Selain itu, Hishamuddin berpendapat ia juga boleh meredakan pertelingkahan mengenai isu hudud antara PAS dan DAP.
Selain Hishamuddin, sebuah badan bukan kerajaan, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin turut memberikan cadangan yang sama.
Presidennya Ramesh Rao berkata, meletakkan Mohamad sebagai calon membolehkan PAS menjelaskan isu hudud dan memastikan masyarakat bukan Islam memahami perkara berkenaan.
DAP akan mengumumkan calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor Sabtu ini.
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh (DAP) dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 21 Mei dan hari mengundi pada 25 Mei.
Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada PRU 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.
Irwan Muhammad Zain
Tue May 06 2014
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
Tol: Jangan terpedaya dengan hasutan dan pengiraan dibuat pembangkang
Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Mansuh tol motosikal, permulaan hapuskan tol - Guan Eng
Pemansuhan tol motosikal di tiga laluan yang berkuat kuasa tengah malam tadi adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH).
Label Pemuda UMNO gengster, Ramkarpal, Ahli Parlimen pertama diarah keluar Dewan
Arahan tersebut dikeluarkan selepas Ramkarpal Singh enggan tarik balik label 'gengster' yang digunakannya terhadap Pemuda UMNO.
Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan syarat menjadi pengundi di Pulau Pinang sebelum dapat membeli rumah di negeri di bawah pentadbiran pembangkang itu sebagai suatu yang pelik.
PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden
PAS kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
DAP berjaya kekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor
Ramkarpal yang telah menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 37,659 , meraih jumlah undi sebanyak 41,242.
PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi tadi.