KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati pengguna agar tidak melakukan pembelian panik telur sehingga mengganggu bekalan di negara ini, susulan laporan penarikan balik telur keluaran sebuah syarikat Malaysia daripada pasaran Singapura.
Menurut kenyataan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP malam tadi, bahagian itu sedang menilai kesan terhadap bekalan telur di negara ini susulan tindakan pihak berkuasa Singapura tersebut yang dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dakwaan penemuan bakteria Somanella Enteritidis (SE).
"Fokus tindakan KPDNHEP ialah pemantauan rapi terhadap kedudukan bekalan telur di pasaran susulan daripada isu penemuan itu. Pemantauan bekalan ditingkatkan di setiap rantaian pengedaran dan pembekalan telur untuk mengesan kawasan dijangka terjejas keberadaan bekalan telur.
"KPDNHEP juga mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan pengeluar ayam dalam negara untuk siap siaga menjalankan proses pengeluaran bekalan telur bagi menampung sebarang risiko gangguan bekalan telur dalam negara sekiranya berlaku," demikian menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu juga KPDNHEP mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga telur dan mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Sekiranya sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan denda hingga RM500,000 sekiranya suatu perbadanan/syarikat dan bagi bukan perbadanan/individu boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau dipenjarakan hingga tiga tahun atau kedua-duanya," demikian menurut kenyataan itu.
KPDNHEP juga meminta pengguna menyalurkan maklumat berhubung salah laku peniaga melalui talian 1-800-886-800 atau aplikasi WhatsApp di talian 019-279 4317.
Bernama semalam melaporkan Singapura telah mengarahkan empat pengimportnya menarik balik telur keluaran Lay Hong Berhad Layer Farm Jeram di Malaysia daripada pasaran republik itu sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), arahan itu dibuat berikutan penemuan bakteria SE pada produk tersebut yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan sekiranya produk berkenaan dimakan mentah atau separuh masak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021

KPDNHEP juga meminta pengguna menyalurkan maklumat berhubung salah laku peniaga - Gambar hiasan
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Telur bertaburan di LPT2 mungkin tidak selamat dimakan
Lebih 70,000 biji telur ayam yang bertaburan selepas lori membawa muatan itu terbalik dalam kemalangan di Kemaman pada Rabu mungkin tidak selamat dimakan.

Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.

Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad
Kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.

Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar
Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dengan bebas.

Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan
Sebuah syarikat peruncit didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kerana menjual telur ayam melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.

Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.

Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.

Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian.

FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal
Komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.