Perkhidmatan lebih 20 kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) ditamatkan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tugas dalam operasi perbadanan itu.
Pengurus Perhubungan Awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Ishak Hashim berkata tindakan itu berikutan PKNS mempunyai kakitangan tetap yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang yang sama.
"Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa bahagian baharu di PKNS antaranya pemasaran, pembangunan bisnes, strategi dan media, pelaburan dan pengurusan organisasi serta integriti.
"PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap di PKNS," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, PHSB yang merupakan anak syarikat PKNS, menamatkan perkhidmatan kakitangan kontraknya tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa 3 Feb lepas.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 23 kakitangan PHSB yang ditamatkan perkhidmatan hari ini membuat laporan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor di sini.
Wakil pekerja terbabit, Dr Alif Aiman berkata laporan itu dibuat bertujuan untuk mempertahankan hak mereka sebagai pekerja.
"Kami difahamkan tiada kontrak yang tamat, ada pekerja yang masih mempunyai 12 bulan kontrak, tiga bulan kontrak dan ada yang dilanjutkan kontrak mereka, jadi prestasi (kerja) tidak menjadi isu dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di jabatan itu.
Turut hadir, Timbalan Presiden Kesatuan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)Abdullah Sani Abdul Hamid.
Dr Alif, yang merupakan Pengurus Kanan Pemasaran PKNS berkata PKNS harus membayar pampasan di atas penamatan perkhidmatan itu.
Sementara itu, Abdullah Sani menyifatkan perbuatan PHSB adalah zalim dan melanggar Akta Pekerjaan 1955.
Astro Awani
Wed Feb 05 2014
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
Dua bangunan warisan di Miri bakal dinaik taraf sebagai musium biodiversiti
Muzium biodiversiti ini bakal dilengkapi teknologi kecerdasan buatan, pertama seumpamanya di dunia dan proses naik taraf dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun.
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' serlah keperibadian Wan Junaidi
Buku 'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' antara lain berkongsi bagaimana Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi antara figura penting dan tokoh yang banyak memainkan peranan penting ketika PBB berdepan pergolakan.
Clean Thaipusam perluas usaha, pastikan perayaan bebas sampah
Melibatkan 500 sukarelawan di seluruh negara, kempen itu menumpukan pada pengurusan sisa, kutipan buah-buahan dan kitar semula di lima tapak kuil utama.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Setakat jam empat petang isnin, jumlah mangsa berkurangan kepada 9,312 orang berbanding 9877orang yang direkodkan pada jam 12 tengahari tadi.
JPBN Sarawak menilai kos baikpulih kerosakan infrastruktur
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sedang dalam proses
menilai kos baikpulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat
bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan
dengan segera dan berkesan.
menilai kos baikpulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat
bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan
dengan segera dan berkesan.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir dI Sabah, Sarawak
KKM memaklumkan sebanyak 671 kes jangkitan salur pernafasan akut, 82 kes jangkitan kulit, 37 kes gastroenteritis akut, 17 kes konjunktivitis, serta satu kes penyakit tangan, kaki dan mulut telah dikesan.
Bomba terus pantau banjir dI Sabah, Sarawak melalui PGOK
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata maklumat yang diperoleh daripada PGOK juga sudah pasti akan memudahkan urusan pegawai dan anggota menjalankan tugas di lokasi termasuk tanah runtuh dan sebagainya dengan pantas
JPBB Miri Hantar 1,200kg Bekalan Makanan Melalui Udara
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah melancarkan misi penghantaran bantuan makanan melalui udara kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di pedalaman Miri pada Isnin melibatkan sebuah helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways.
PKNS bentang pelan pembangunan SA Sentral hari ini
Ia akan merangkumi pembinaan pusat konvensyen bertaraf antarabangsa, hotel, pusat beli-belah, pangsapuri servis dan pusat perniagaan peruncitan Aneka Walk.
PKNS bina Kuarters Pekerja Berpusat, boleh disewa lebih 5,000 pekerja
Projek pembangunan Laman Lestari itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM120 juta, dengan jumlah maksimum 17 penghuni bagi setiap unit.
Worldwide Holdings raih dua anugerah terkemuka HR Asia
Anugerah berkenaan sebagai mengiktiraf syarikat mempunyai amalan HR (sumber manusia) terbaik dan menunjukkan tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan budaya tempat kerja cemerlang.
PKNS bakal lancar kempen program jualan hartanah terbaharu 'PKNS PLUS'
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal melancarkan kempen program jualan hartanah terbarunya 'PKNS PLUS' selama dua hari bermula 27 hingga 28 Mac, 2021, bagi menarik pembeli.
PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES'
Program berkenaan turut memperkenalkan inisiatif baharu 'PKNS X LINE' dan 'PKNS X SQUAD' bagi memudahkan orang awam mendapat khidmat nasihat mengenai proses jual beli produk hartanah perbadanan.
Warga Malaysia maut dalam kemalangan bas di Turki
Seorang rakyat maut apabila sebuah bas yang membawa kira-kira 35 pelancong Malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kerajaan Selangor bantah kenaikan tol
Kerajaan negeri Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan membenarkan kenaikan kadar harga tol di 18 lebuh raya sebagai tidak bertanggungjawab.
Hampir 20,000 pembeli hartanah PKNS belum tukar nama
Sebanyak 19,660 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih belum memindah milik hartanah mereka ke atas nama masing-masing.
Koleksi hartanah PKNS 2014 dapat sambutan hangat
Koleksi Hartanah PKNS 2014 yang sedang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam berjaya mencatat jumlah jualan lebih RM8.6 juta.
Penamatan khidmat kakitangan PHSB untuk elak pertindihan tugas - PKNS
PKNS berkata mereka mempunyai kakitangan tetap yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang yang sama.