Koleksi Hartanah PKNS 2014 yang sedang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam sejak empat hari lalu berjaya mencatat jumlah jualan lebih RM8.6 juta.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, antara projek yang mendapat sambutan ialah, kondominium Pinang Heights, sebuah projek dengan gabungan elemen penting dalam Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mencatatkan jualan tertinggi.
“Pinang Heights yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam adalah eksklusif dengan hanya 60 unit sahaja dilengkapi dengan kolam renang, kawalan keselamatan 24 jam dan pelbagai kemudahan kondominium. Ruang yang luas daripada 1,238 hingga 1,421 kps ini amat sesuai bagi mereka yang ingin melabur atau untuk kediaman sendiri,” katanya.
Projek Vega Residensi 1 di Cyberjaya pula yang terletak di Taman Sains Selangor II iaitu sebahagian daripada pembangunan bandar bercampur bersepadu di kawasan pembangunan berteknologi tinggi turut terjual. Dengan reka bentuk moden, Vega Residensi 1 dilihat mampu dijadikan aset bagi pelabur dengan kedudukannya berhampiran jalinan jalanraya alternatif.
Ishak berkata, Koleksi Hartanah PKNS 2014 ini juga mengetengahkan projek Citrina 2 di Bernam Jaya, dan Kedai Pejabat Gapi Evenue 3 di Antara Gapi. Citrina 2 – rumah kluster moden dua tingkat dengan dikelilingi persekitaran hijau dijual bermula dari RM292,486 dengan keluasan 1,453 hingga 2,038 kps, menjadikan ia satu pelaburan yang begitu berbaloi.
Tambahnya, terdapat dua lagi projek yang bakal dilancarkan oleh PKNS dan kini dibuka untuk pendaftaran iaitu link 2 tingkat di Kota Puteri dan Semi D di Antara Gapi.
Koleksi Hartanah PKNS masih berlangsung di SACC Mall, Shah Alam sehingga 9 Mac depan bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.
Sehubungan itu katanya, orang ramai tidak harus melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi hartanah PKNS di Shah Alam, Alam Nusantara, Cyberjaya, Antara Gapi, Kota Puteri dan Bernam Jaya.
“Sempena sambutan jubli emas PKNS pada tahun ini juga, kita turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa jongkong emas dan pelbagai insentif menarik. Maklumat dan promosi terkini mengenai projek-projek PKNS boleh didapati dengan memuat turun App PKNS Property di telefon bimbit atau layari www.pknsproperty.com,” katanya.
PKNS, satu nama yang dipercayai dalam pembangunan hartanah, genap usianya 50 tahun pada 1 Ogos 2014.
Bernama
Tue Feb 18 2014
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
Dua bangunan warisan di Miri bakal dinaik taraf sebagai musium biodiversiti
Muzium biodiversiti ini bakal dilengkapi teknologi kecerdasan buatan, pertama seumpamanya di dunia dan proses naik taraf dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun.
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' serlah keperibadian Wan Junaidi
Buku 'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' antara lain berkongsi bagaimana Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi antara figura penting dan tokoh yang banyak memainkan peranan penting ketika PBB berdepan pergolakan.
Clean Thaipusam perluas usaha, pastikan perayaan bebas sampah
Melibatkan 500 sukarelawan di seluruh negara, kempen itu menumpukan pada pengurusan sisa, kutipan buah-buahan dan kitar semula di lima tapak kuil utama.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Setakat jam empat petang isnin, jumlah mangsa berkurangan kepada 9,312 orang berbanding 9877orang yang direkodkan pada jam 12 tengahari tadi.
JPBN Sarawak menilai kos baikpulih kerosakan infrastruktur
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sedang dalam proses
menilai kos baikpulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat
bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan
dengan segera dan berkesan.
menilai kos baikpulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat
bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan
dengan segera dan berkesan.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir dI Sabah, Sarawak
KKM memaklumkan sebanyak 671 kes jangkitan salur pernafasan akut, 82 kes jangkitan kulit, 37 kes gastroenteritis akut, 17 kes konjunktivitis, serta satu kes penyakit tangan, kaki dan mulut telah dikesan.
Bomba terus pantau banjir dI Sabah, Sarawak melalui PGOK
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata maklumat yang diperoleh daripada PGOK juga sudah pasti akan memudahkan urusan pegawai dan anggota menjalankan tugas di lokasi termasuk tanah runtuh dan sebagainya dengan pantas
JPBB Miri Hantar 1,200kg Bekalan Makanan Melalui Udara
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah melancarkan misi penghantaran bantuan makanan melalui udara kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di pedalaman Miri pada Isnin melibatkan sebuah helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways.
PKNS bentang pelan pembangunan SA Sentral hari ini
Ia akan merangkumi pembinaan pusat konvensyen bertaraf antarabangsa, hotel, pusat beli-belah, pangsapuri servis dan pusat perniagaan peruncitan Aneka Walk.
PKNS bina Kuarters Pekerja Berpusat, boleh disewa lebih 5,000 pekerja
Projek pembangunan Laman Lestari itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM120 juta, dengan jumlah maksimum 17 penghuni bagi setiap unit.
Worldwide Holdings raih dua anugerah terkemuka HR Asia
Anugerah berkenaan sebagai mengiktiraf syarikat mempunyai amalan HR (sumber manusia) terbaik dan menunjukkan tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan budaya tempat kerja cemerlang.
PKNS bakal lancar kempen program jualan hartanah terbaharu 'PKNS PLUS'
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal melancarkan kempen program jualan hartanah terbarunya 'PKNS PLUS' selama dua hari bermula 27 hingga 28 Mac, 2021, bagi menarik pembeli.
PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES'
Program berkenaan turut memperkenalkan inisiatif baharu 'PKNS X LINE' dan 'PKNS X SQUAD' bagi memudahkan orang awam mendapat khidmat nasihat mengenai proses jual beli produk hartanah perbadanan.
Warga Malaysia maut dalam kemalangan bas di Turki
Seorang rakyat maut apabila sebuah bas yang membawa kira-kira 35 pelancong Malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kerajaan Selangor bantah kenaikan tol
Kerajaan negeri Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan membenarkan kenaikan kadar harga tol di 18 lebuh raya sebagai tidak bertanggungjawab.
Hampir 20,000 pembeli hartanah PKNS belum tukar nama
Sebanyak 19,660 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih belum memindah milik hartanah mereka ke atas nama masing-masing.
Koleksi hartanah PKNS 2014 dapat sambutan hangat
Koleksi Hartanah PKNS 2014 yang sedang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam berjaya mencatat jumlah jualan lebih RM8.6 juta.
Penamatan khidmat kakitangan PHSB untuk elak pertindihan tugas - PKNS
PKNS berkata mereka mempunyai kakitangan tetap yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang yang sama.