MELAKA: Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas tuduhan merompak wang pelancong berjumlah AS$100 sehingga mendatangkan kecederaan minggu lalu.
Muhammad Alif Syazwan Mohd Asr, 19, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azaraorni Abd Rahman.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan niat didakwa telah melakukan rompakan tanpa senjata sehingga mendatangkan kecederaan kepada Ramky Raji dan melarikan wang tunai AS$100 (RM470).
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 5.05 petang di Jonker Car Park, Jalan Portugis, Kampung Dua di sini, pada 15 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana dia tidak bekerja.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 2 September depan sebagai sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 23 2024
Muhammad Alif Syazwan (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Pemuda tak mengaku rompak pelancong di Jalan Portugis
Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas tuduhan merompak wang pelancong berjumlah AS$100 sehingga mendatangkan kecederaan minggu lalu.