KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) tampil membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, pada Khamis.
Laporan polis itu dibuat susulan Koo Ham didakwa meletakkan syak bahawa pelaku kes khianat terhadap dirinya terdorong akibat kenyataan Pas dan Bersatu yang tidak bersetuju dengan cadangan agar pakar Perlembagaan daripada kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Menurut Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, Koo Ham didakwa telah mendahului siasatan polis dengan meletakkan syak sedemikian terhadap kes khianat dihadapinya itu.
"Laporan ini dibuat untuk mengekang sebarang kenyataan awal yang dikeluarkan oleh beliau dan biarlah pihak polis menyiasat, tidak payahlah beliau menjadi lebih cerdik daripada pihak polis untuk membuat siasatan.
"Jika nak diikutkan logik, tidak perlu ke peringkat sampai nak bakar dan kononnya nak bunuh beliau, ini bukan pendekatan politik PN," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis, Daerah Kajang, pada Khamis.
Pada Rabu, Koo Ham mendakwa serangan yang bertujuan untuk membakar kediamannya itu dipercayai berpunca daripada kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan supaya bukan Islam menganggotai jawatankuasa mengkaji perundangan syariah.
Susulan kritikan yang diterima, Koo Ham sebelum ini telah memohon maaf dan menarik balik cadangannya itu.
Mengulas lanjut, Fadhli berkata, Koo Ham juga harus membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara bebas.
"Saya berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan agar jangan ada sesiapa mendahului siasatan termasuklah mengeluarkan persepsi dan sangkaan terhadap mana-mana suspek kerana proses untuk mengenali pasti suspek dan menjalankan siasatan merupakan kuasa pihak polis," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Fadhli menzahirkan ucapan takziah PN kepada Koo Ham sambil menyifatkan perbuatan khianat itu sesuatu yang tidak boleh diterima serta amalan demokrasi di dalam negara.
"Apa saja yang berlaku tidak boleh sampai ke peringkat khianat kepada harta benda orang lain, kita doakan supaya Koo Ham diberikan keadilan, dipermudahkan urusan menuntut insurans dan sebagainya," ujarnya.
Pada Rabu, media melaporkan kediaman serta tiga kereta milik Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung, terbabit kebakaran dengan polis mengesahkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat, hasil penemuan botol digunakan sebagai bom petrol atau 'molotov cocktail' di lokasi kejadian.
Kejadian itu bagaimanapun, tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.
Afiezy Azaman
Thu Jan 11 2024

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari (dua dari kanan) menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis, Daerah Kajang, pada Khamis.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Suspek khianat kediaman Ngeh Koo Ham disambung reman sehari lagi
Majistret Nurul Izalina Rajaai membenarkan lelaki berusia 30-an dilanjutkan reman selama sehari bagi membantu siasatan.

Pemuda PN buat laporan polis terhadap kenyataan Ngeh Koo Ham
PN kesal Koo Ham syak pelaku kes khianat terdorong akibat kenyataan Pas dan Bersatu yang tidak setuju bukan Islam dilantik gubal undang-undang Islam.