Tidak dinafikan apabila terserempak dengan biawak, ramai akan lari ketakutan, namun seorang lelaki sanggup memberanikan dirinya mendekati reptilia itu demi menyelamatkannya.
Dalam sebuah video yang diviralkan di media sosial sejak malam tadi kelihatan seorang lelaki berpakaian lengkap baju Melayu berwarna merah jambu membantu seekor biawak yang kepalanya tersangkut dalam tin.
Perasaan simpati jelas mengatasi ketakutan yang dirasai, membolehkan pemuda itu cuba meloloskan kepala biawak itu daripada terus terperangkap dalam tin. Setelah beberapa kali, cubaannya berjaya.
Bagaimanapun, lokasi, masa kejadian dan identiti pemuda itu tidak diperoleh.
Keberaniannya mendapat pujian Persatuan Haiwan Malaysia yang berterima kasih kepadanya dan berharap tindakannya akan diteladani warga Malaysia yang lain.
“Tindakan ini sangat wajar. Ini merupakan tindakan yang terpuji. Walaupun haiwan yang dibantu itu dikategorikan sebagai haiwan liar, tiada sebab kita tidak boleh membantunya.
“Kami sangat bangga rakyat Malaysia mempunyai kesedaran ini,” kata presiden persatuan itu, Arie Dwi Andika kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai pemuda tersebut, Arie juga berkata bahawa persatuan itu akan menawarkan anugerah 'Noble Animal Malaysia' bagi usaha lelaki itu menyelamatkan biawak tersebut.
Video yang dikongsikan dalam twitter Senawang TV telah mendapat perhatian ramai warganet yang memuji dan menyokong tindakan pemuda itu.
Pengguna Twitter Kiko Fridaus berkata: “Sebagai seorang manusia yang sayangkan binatang, aku doakan semoga bro yang tolong biawak itu dimurahkan rezeki di dunia.”
Di Facebook pula, Thracius Cius berkata: “Thank you so much ! We need more people like him. That biawak probably was searching for food and ended up stuck in that tin. Moral of the story too: don't throw your rubbish everywhere, humans!”
Video tersebut juga dikongsikan pelawak terkenal Harith Iskandar di Instagramnya yang berkapsyen “Tapi respect abang ini, compassionate habis. I don’t know if I would be brave enough.” - BERNAMA
Bernama
Tue May 26 2020

Tindakan pemuda ini bantu seekor biawak yang kepalanya tersangkut dalam tin mendapat pujian ramai. - Gambar BERNAMA

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Pemuda menjadi wira, membantu biawak
Tindakan seorang lelaki berbaju Melayu bantu seekor biawak yang kepalanya tersangkut dalam tin jadi perhatian netizen.