KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan .
Perbuatan itu dilakukan pada 11 jun lalu di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 7 malam.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Astro Awani
Wed Jun 22 2022

Seorang pemuda mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Pemuda mengaku salah rogol remaja bawah umur
Remaja perempuan berusia 12 tahun 11 bulan itu dikenali di media sosial.