Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki terlibat mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang baru dikenalinya dalam applikasi WhatsApp, di Gelang Patah, dekat Iskandar
Puteri, semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata dalam tangkapan pada pukul 3.15 petang itu, sebuah telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.
Menurut beliau, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu bersama seorang rakannya yang kini sedang diburu.
Katanya, kejadian itu terbongkar apabila bapa pelajar itu membuat laporan polis di sini pada petang Ahad selepas menyedari mangsa telah hilang dari rumah sejak malam Sabtu.
Dalam laporan itu, bapa mangsa turut memberitahu dia ada menerima maklumat mengenai anaknya yang sedang dikurung di sebuah rumah, kata Noor Hashim dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Maklumat itu diperoleh daripada rakan anaknya dan dilaporkan mangsa turut ada menghantar lokasi rumah tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.
"Dalam usaha polis mengesan lokasi dan tempat mangsa dikurung, polis telah dimaklumkan bahawa mangsa telah berjaya diselamatkan oleh kakaknya di tepi jalan di Taman Nusantara," kata Noor Hashim.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia 15 tahun itu telah keluar dari rumah keluarganya di Kampung Ulu Pulai, di sini, tanpa disedari anggota keluarganya.
Katanya, mangsa berbuat demikian untuk mengikut dua kenalan lelaki yang baru dikenalinya selama dua hari dalam aplikasi WhatsApp.
"Ketika bertemu dengan mereka (suspek), mangsa telah dibawa makan di sebuah restoran di Bukit Indah.
"Setelah selesai makan, mangsa turut dibawa ke rumah suspek di Taman Nusantara, Gelang Patah dan di situlah, kedua-dua suspek meraba dan mencium mangsa secara bergilir-gilir," kata Noor Hashim.
Menurut beliau, mangsa juga cuba melawan namun telah ditampar suspek.
Mereka juga didakwa cuba melakukan seks dengan mangsa namun tidak berbuat demikian apabila mendapati mangsa dalam keadaan datang bulan (haid).
"Apabila kedua-dua suspek berada di ruang tamu rumah, mangsa mengambil kesempatan menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dengan menghantar lokasi rumah terbabit.
"Mangsa juga telah merayu kepada suspek agar menghantarnya pulang, sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan diselamatkan oleh kakaknya," katanya.
Noor Hashim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan beliau menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak di media sosial.
Bernama
Tue Oct 04 2016

Maklumat diperoleh daripada rakan anaknya dan dilaporkan mangsa turut ada menghantar lokasi rumah tersebut menerusi aplikasi WhatsApp. - Gambar hiasan

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Serangan seksual kanak-kanak: Semua pihak diseru amal kawal selia kendiri dalam pelaporan - CMCF
Semua pihak diseru memainkan peranan dalam menguatkuasakan kawal selia kendiri berhubung kes serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun
Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumahnya.

Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul
Seorang pegawai kanan polis bersama enam anggota ditahan bagi siasatan berkaitan kes pemerasan dan cabul melibatkan seorang wanita.

Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.

Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.

Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.