Susulan janji yang diberi sewaktu pelancaran Program Isi Minyak Percuma di stesen minyak Shell, Taman Sri Rampai pada Mac yang lepas, Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) akan menganjurkan program ini secara serentak di setiap Parlimen seluruh Wilayah Persekutuan.

Menurut Ketua Pemuda BN WP, Datuk Mohd Razlan Rafii, dalam satu kenyataan, program tersebut bertujuan meringankan perbelanjaan harian bagi mereka yang berulang alik menunggang motosikal ke tempat kerja.

"Kami mensasarkan lebih 8,000 buah motosikal berkuasa bawah 150cc akan manfaat minyak percuma ini.

"Semasa kami melancarkan program ini, DAP telah menuduh kami berbelanja sebanyak RM7 juta dan mereka telah membuat tuduhan terhadap kami dengan pelbagai andaian negatif.

"Saya ingin memaklumkan kepada DAP agar senantiasa berlapang dada kepada setiap program khidmat bakti yang dilaksanakan untuk membantu meringankan bebanan rakyat. Jangan terlalu mempunyai perasaan benci kepada NGO atau parti politik yang berlainan fahaman untuk melaksanakan program kemasyarakatan. Ini adalah bantuan kepada rakyat dan rakyat akan menikmati bantuan ini," ujar Mohd Razlan.

Tambahnya, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng seharusnya membantu lebih ramai pengundi Segambut, antaranya dengan menggunakan peruntukan yang diterima dalam parti itu sendiri.

Berikut adalah senarai lengkap stesen minyak yang telah dipilih untuk program bulan April 2017:


JADUAL PROGRAM ISI MINYAK PERCUMA PEMUDA BN WP

1. Putrajaya 1/4/2017, 12 tengah hari - 2 petang, Petronas Presint 9 (Sebelah Tasik)

2. Segambut 1/4/2017, 3 petang - 5 petang, Petronas Segambut

3. Batu 1/4/2017, 3 petang - 5 petang, Shell Batu Muda

4. Bandar Tun Razak 1/4/2017, 3 petang - 5 petang, Petronas Taman Tenaga

5. Bukit Bintang 1/4/2017, 5 petang - 7 petang, Caltex Jln Tun Razak

6. Cheras 1/4/2017, 5 petang - 7 petang, Petron Jalan Pasar

7. Titiwangsa 1/4/2017, 5 petang - 7 petang, Petronas Jalan Chocrane

8. Kepong 1/4/2017, 6 petang - 8 malam, BHP Taman City, Jln Kuching

9. Seputeh 1/4/2017, 8 malam - 10 malam, Shell Kuchai (McDee)

10. Lembah Pantai 1/4/2017, 8 malam - 10 malam, Petronas Pasir Kiri (Jalan Taman Gasing)

11. Labuan 1/4/2017, 8 malam - 10 malam, Petronas Saguking

12. Wangsa Maju 2/4/2017, 4 petang - 6 petang, BHP Taman Ibu Kota

13. Setiawangsa 2/4/2017, 8 malam - 10 malam, Shell Jalan Kilang