Tun Dr Mahathir Mohamad membidas sikap tidak jujur peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang terkumpul yang tidak dibayar adalah sebanyak RM36 bilion.
Perdana Menteri berkata beliau berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila mereka diamanahkan dengan sesuatu.
"Di Malaysia kadang-kadang terdapat manusia yang sangat tidak jujur.
"Sebagai contoh, untuk memberikan peluang pendidikan kepada rakyat kita memberi mereka biasiswa, kita mengeluarkan wang untuk membiayai pelajaran mereka supaya mereka kelak akan memperoleh pendapatan yang lebih baik dan dapat meningkatkan taraf hidup.
"Sebaik sahaja mereka diterima belajar di universiti, baik di dalam dalam mahupun di luar negara, kita akan memberi mereka biasiswa, pinjaman sebenarnya, tetapi malangnya apabila mereka sudah kembali (ke tanah air) mereka enggan membayar semula hutang tersebut.
"Kita mempunyai sebanyak RM36 bilion hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN. Saya berasa sangat malu tetapi mereka sebaliknya tidak.
"Mereka ada pendapatan dan mampu membayar hutang, cuma mereka sengaja enggan membayarnya," katanya pada majlis syarahan utama di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.
Dr Mahathir turut menggesa peminjam PTPTN yang mampu membayar balik hutang agar lebih bertanggungjawab dan menjelaskan hutang mereka walaupun jika berpendapatan rendah sekalipun.
Beliau berkata mereka yang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 boleh mengasingkan sebanyak kira-kira RM100 sebulan untuk membayar balik hutang pinjaman.
Dalam syarahannya, Dr Mahathir juga menjelaskan tentang cadangan beliau agar universiti-universiti di Jepun menubuhkan kampus cawangan mereka di Malaysia dan mengenai pentingnya mempelajari nilai-nilai masyarakat Jepun.
Kata beliau, Malaysia adalah lokasi terbaik bagi maksud tersebut kerana ia akan melibatkan kos yang lebih rendah berbanding di Jepun.
"Saya mencadangkan perkara itu kerana di Jepun pada masa ini semuanya mahal tetapi sekirannya anda mempunyai cawangan universiti Jepun di sini, anda boleh menawarkan sistem pendidikan Jepun dan pada masa yang sama memahami budaya dan sistem nilai orang Jepun, dan kos sara hidup akan menjadi lebih rendah, jadi lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya.
"Selain itu, pelajar dari negara-negara miskin dan pelajar miskin juga boleh datang ke Malaysia untuk belajar di institusi pendidikan Jepun tersebut," tambah beliau.
Dr Mahathir turut melahirkan keyakinan beliau bahawa Malaysia juga boleh mencapai kejayaan seperti Jepun jika rakyatnya memiliki nilai-nilai yang sama seperti yang terdapat dalam sistem nilai masyarakat Jepun, seperti memiliki perasaan malu jika gagal mencapai kecemerlangan, di samping nilai-nilai positif seperti beramanah dan rajin bekerja.
- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 20 2018
![Peminjam PTPTN tidak jujur punca tunggakan hutang RM36 bilion tidak berbayar Peminjam PTPTN tidak jujur punca tunggakan hutang RM36 bilion tidak berbayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528189266_ptptn.jpg)
Negara mempunyai sebanyak RM36 bilion hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
![Taufan Maria badai wilayah timur laut Jepun Taufan Maria badai wilayah timur laut Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723445124_TyphoonMaria.jpg)
Taufan Maria badai wilayah timur laut Jepun
Taufan kelima tahun ini, ribut tropika yang teruk, mendarat sekitar 8.30 pagi waktu tempatan.
![Ancaman gempa mega Nankai Trough cetus panik di Jepun Ancaman gempa mega Nankai Trough cetus panik di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723436064_gempamegaNankaiTr.jpg)
Ancaman gempa mega Nankai Trough cetus panik di Jepun
PIHAK berkuasa Jepun pada Sabtu menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik dan tidak menyorokkan bekalan barangan keperluan dengan tujuan mahu memanipulasi harga.
![Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun
Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter direkodkan di selatan Laut Okhotsk, berhampiran pantai Hokkaido, Jepun pada Sabtu.
![Jepun keluar amaran gempa bumi mega Jepun keluar amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723201670_TBJapan.jpg)
Jepun keluar amaran gempa bumi mega
JMA mengeluarkan nasihat gempa mega pertamanya, meliputi 707 majlis perbandaran dari Okinawa ke wilayah Ibaraki, selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah Miyazaki pada Khamis.
![Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723169688_earthquake.jpg)
Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan oleh gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pada Khamis.
![Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 pada Khamis menggegarkan wilayah Miyazaki di Jepun, menurut agensi cuaca.
![Jepun catat rekod belanja 5.92 trilion yen sehari untuk tingkatkan yen pada April Jepun catat rekod belanja 5.92 trilion yen sehari untuk tingkatkan yen pada April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718805671_TBBOJjpg.jpg)
Jepun catat rekod belanja 5.92 trilion yen sehari untuk tingkatkan yen pada April
Jepun membelanjakan 5.92 trilion yen (AS$41 bilion) pada 29 April untuk memperkukuh mata wangnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
![Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah, jatuh 12 peratus Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah, jatuh 12 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609813950_JapanNikkei.jpg)
Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah, jatuh 12 peratus
Indeks saham Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah pada Isnin, menjunam lebih 4,400 mata dan jatuh lebih 12 peratus.
![Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722750404_tbstrongsunlightT.jpg)
Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau
Gelombang haba yang melampau di Jepun masih berterusan tanpa tanda-tanda reda, dengan suhu di Kyushu hampir mencecah 40 darjah Celsius pada Ahad, lapor Xinhua memetik ramalan cuaca.