ALOR GAJAH: Pemimpin belia sedia ada perlu menyediakan barisan pemimpin pelapis berkaliber, bagi mempersiapkan mereka sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pemimpin belia sedia ada ketika ini akan melepasi had usia ditetapkan, justeru persediaan awal perlu dilakukan bagi membentuk generasi pemimpin masa hadapan.
Beliau berkata ini termasuklah, mendedahkan pelapis pemimpin ini dengan pelbagai peluang pendidikan, dalam usaha melahirkan bakal pemimpin negara yang berkaliber dari pelbagai aspek termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
"Golongan belia berkenaan perlu sentiasa cekap, pantas, kreatif, bijak dan berani, dalam menghadapi apa jua cabaran, memandangkan mereka menentukan kejayaan setiap agenda pembangunan negara pada masa hadapan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.
Ab Rauf berkata persatuan dan pertubuhan belia di Melaka, perlu sentiasa bergerak secara proaktif dalam menjalankan apa jua bentuk program, khususnya yang dapat meringankan beban rakyat.
Beliau berkata kerajaan negeri juga sentiasa menyokong agenda pembangunan belia di Melaka dan bersikap terbuka menerima segala idea, cadangan, pandangan atau kritikan, yang membina demi kemajuan dan kemakmuran negeri itu.
"Apabila melihat ramai anak muda yang datang pada hari ini sama ada secara individu atau mewakili pertubuhan belia, saya merasakan ia menjadi satu dorongan dan sokongan daripada golongan belia kepada kepimpinan kerajaan negeri dalam usaha menjadikan Melaka sebagai negeri yang lebih maju, sejahtera dan lestari," katanya.
Terdahulu beliau menyampaikan Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Melaka 2023 bagi kategori individu wanita, lelaki dan pertubuhan belia.
Bagi kategori individu wanita, johan bagi Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Melaka 2023 dimenangi Nur Amni Abdul Raman, manakala johan bagi kategori lelaki pula dimenangi Mohammad Fiza Mohd Fuad dan kedua-dua mereka, masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil penghargaan.
Bagi kategori pertubuhan belia pula, anugerah berkenaan dimenangi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang, Alor Gajah yang membawa pulang wang tunai RM10,000, piala dan sijil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pemimpin belia sedia ada ketika ini akan melepasi had usia ditetapkan, justeru persediaan awal perlu dilakukan bagi membentuk generasi pemimpin masa hadapan. - Foto Facebook/Ab Rauf Yusoh
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Pemimpin belia perlu sediakan pelapis kepimpinan negara - Ab Rauf
Pemimpin belia sedia ada perlu menyediakan barisan pemimpin pelapis berkaliber, bagi mempersiapkan mereka sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.