Hari ini, 1.5 juta pengundi berdaftar Indonesia menjalankan tanggungjawab mereka dalam sesi pengundian awal Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) 2019.
Daripada jumlah itu, dianggarkan kira-kira 500,000 bermaustautin di Lembah Klang.
Tinjauan Astro AWANI mendapati pengundi sudah mula membanjiri Kedutaan Besar Indonesia, yang merupakan salah satu daripada tiga pusat mengundi yang dibuka di Lembah Klang, sejak 8 pagi.
Keadaan sedikit kecoh apabila hanya lima kaunter semakan dibuka, manakala jumlah kehadiran pengundi mencecah 5,000 orang.
Bagaimanapun, menjelang tengah hari, 13 kaunter tambahan dibuka sekaligus membantu mempercepatkan proses semakan.
Beberapa pengundi yang ditemui mengakui teruja untuk mengundi dan berharap proses pengundian di tanah air mereka nanti berjalan lancar.
"Walaupun jauh dari negara sendiri, tetapi saya tetap bersemangat. Setiap undian dikira dan saya mahu menjalankan tanggungjawab saya sebagai warga negara Indonesia," kata Widiarti yang kini tinggal di Taman Melawati.
"Tak kisah siapa pun menang, yang penting saya mahu lihat Indonesia terus ke hadapan. Kerana itu saya di sini," kata seorang lagi pengundi, Julia, yang sudah dua kali mengundi di Malaysia.
Selain di Kedutaan Besar, dua lagi lokasi adalah di Wisma Duta Indonesia dan Sekolah Indonesia Kuala Lumpur.
Pengundian berjalan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang ini.
Pilihan raya Indonesia akan berlangsung 17 April ini, dengan tumpuan utama diberikan kepada persaingan antara Presiden Joko Widodo dan bekas ketua tentera, Prabowo Subianto.
Madiha Abdullah
Sun Apr 14 2019
Gelagat sebahagian warga Indonesia yang hadir untuk mengundi di Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur hari ini. - Astro AWANI
Jadual padat menanti Anwar, adakan pertemuan dengan PM UK
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar berkata, semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan dan menyentuh beberapa perkara termasuk kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan; pengajian tinggi; agrikomoditi; serta tenaga boleh baharu dan alam sekitar.
Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI
Sekatan ini dilihat tidak selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS.
PM Anwar adakan lawatan kerja ke London dari 15 hingga 19 Januari
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar, lawatan kerja Perdana Menteri ke negara ini adalah atas jemputan rakan sejawatnya Kier Starmar dan ia cerminan hubungan akrab yang terjalin antara kedua-dua negara.
Pembangunan infrastruktur Malaysia mantap tetapi geografi menjadi cabaran
Menurut Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia (DPDM), Dr. Chris Daniel Wong, kawasan pedalaman menghadapi kekangan dalam pembangunan infrastruktur logistik akibat faktor lokasi dan jarak yang mencabar.
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban.
SARA menerusi MyKad diperluaskan ke Sabah, Sarawak
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
Sekatan eksport cip AI oleh AS: Ini fakta anda perlu tahu
Peraturan ini mengawal aliran cip AI dan teknologi AS yang diperlukan untuk aplikasi AI yang paling canggih.
Permohonan CEO GISBH, isteri cabar penahanan ditolak
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Selasa menolak permohonan habeas corpus Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH) Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya Azura Md Yusof, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
[TERKINI] Azalina tak setuju GAG order terhadap Titah Adendum
Permohonan perintah larangan bersuara atau gag order bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi, tidak sepatutnya dilakukan.
Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.
Eksploitasi pembantu rumah: Lima rakyat Malaysia disekat masuk Indonesia - Duta Besar
Lima rakyat Malaysia bakal menjadi kumpulan pertama yang akan disekat daripada memasuki Indonesia atas kesalahan mengeksploitasi pembantu rumah negara itu.
Rogol amah: Mangsa sedia lalui proses perbicaraan
Sabda Tian berkata, keadaan wanita berusia 23 tahun itu semakin pulih sepanjang berada di bawah pemantauan Kedutaan.
Pemilu 2019: 1.5 juta rakyat Indonesia di Malaysia buang undi
Warga Indonesia teruja untuk mengundi dan berharap proses pengundian di tanah air mereka nanti berjalan lancar.
Jenazah mangsa lemas dibawa pulang ke Indonesia hari ini
Kaunselor Kedutaan Indonesia di sini, Yusron Ambary berkata pihak kedutaan telah mengeluarkan surat pelepasan dan menyediakan segala dokumen yang diperlukan bagi membawa pulang jenazah.