Pembelian pesawat utiliti helikopter EC725 Cougar, iaitu helikopter termoden dalam sirinya menepati misi kerajaan memodenkan aset pertahanan negara, sekali gus meningkatkan pencapaian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ketumbukan tentera disegani di peringkat serantau.
Pemimpin tertinggi ATM mengibaratkan pembelian EC725 itu seperti membeli kenderaan pelbagai utiliti SUV memandangkan pesawat itu juga boleh diguna bagi tujuan mencari dan menyelamat dan diubahsuai untuk pertempuran.
Pemilikan pesawat canggih itu, yang dibangunkan Syarikat Eurocopter Malaysia anak syarikat kepada European Aeronautic, Defense and Space (EADS) memacu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke arah penambahbaikan aset sedia ada seperti helikopter Nuri, iaitu pesawat utiliti Sikorsy buatan Amerika Syarikat, yang lebih 50 tahun berkhidmat dalam invetori ATM.
Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pemilikan 12 pesawat EC725 Cougar ini tidak bermakna khidmat pesawat Nuri dilupakan sebaliknya Nuri akan dibaikpulih untuk membantu pesawat baharu itu terutama dalam melakukan tugasan misi bantuan dan pemantauan.
"Saya yakin gandingan dua pesawat itu dapat memperkasakan tugasan pemantauan udara dan utiliti TUDM," katanya kepada Bernama.
Dengan baki 10 pesawat EC725 yang dijangka tiba secara berperingkat sehingga 2014, dua daripadanya telah ditempatkan di Pangkalan TUDM, Kuantan, Pahang manakala bakinya masih dalam peringkat perancangan untuk ditempatkan di pangkalan yang lain.
Malah, Zulkifeli berkata kemudahan simulator pesawat itu yang dimiliki ATM ditempatkan di Pangkalan TUDM Subang dan ia dijangka mempercepatkan proses juruterbang TUDM mempelajari serta mengusai aset baharu itu.
Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud pula berkata sebagai langkah awal, pihaknya menghantar juruterbang TUDM ke Perancis untuk menjalani latihan menggunakan pesawat EC725 baharu itu sebelum ia dibawa ke Malaysia.
Beliau berkata seramai 25 orang (dua dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)) mengikuti kursus latihan penerbangan lanjutan Pilatus PC-7 manakala 16 lagi mengikut kursus asas penerbangan helikopter.
EC725 mempunyai kelajuan maksimun 324 kilometer/sejam dengan kapasiti penumpang 30 orang termasuk dua anak kapal dengan panjang pesawat ialah 19.50 meter.
Malah EC725 mempunyai rekod cemerlang pembabitannya dalam perang di Iraq dan Afghanistan dalam sedekad ini.
Jika dibandingakan pesawat Nuri pula mempunyai kelajuan maksimun 267 kimometer/sejam dengan boleh membawa muatan seramai 31 orang termasuk dua anak kapal serta panjang pesawat 17.96 meter.
Rodzali menjelaskan pelan jangka panjang telah dirangka TUDM dalam mendapatkan beberapa pesawat pengangkut serta pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) yang dijangka dimiliki ATM bagi memperkasakan pertahanan ruang udara negara.
Beliau berkata TUDM dijangka menerima empat pesawat baharu A400M bagi menggantikan pesawat Charlie pada Januari 2015 dan ia akan dihantar secara berperingkat dengan pesawat terakhir masih di pasang di Perancis.
Dalam pada itu hasrat ATM untuk menggantikan 18 unit pesawat tempur MIG-29 yang telah berkhidmat lebih 15 tahun kepada tanah air dilihat satu lagi inisiatif baharu ATM bagi memodenkan aset tempur negara terutama dalam sektor pertahanan udara, katanya.
Bernama
Tue Feb 12 2013
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.